Dari mana datangnya ‘dana’ Perikatan Nasional?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Dari mana datangnya 'dana' Perikatan Nasional?

 



 

Isu ‘dana’ Perikatan Nasional semasa Pilihanraya Umum Ke-15 semakin hangat dan menjadi bualan umum. Ini selepas Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau mempunyai maklumat berkaitan dana pilihanraya.

Pemimpin utama Perikatan Nasional pula semakin ‘gelabah’ dan ada yang mula berceramah sehingga ‘naik hantu’ apabila menyentuh perihal dana PRU.

Pengerusi PN, Muhyiddin Yassin dalam pada itu mengeluarkan kenyataan menyindir pembentukan kerajaan yang disifatkannya sebagai kehendak ‘bumbung kuning’.



Dari mana datangnya 'dana' Perikatan Nasional?

Manakala itu, Setiausaha Agung Parti Pribumi Bersatu Malaysia, Hamzah Zainudin mengakui setiap calon DUN dan Parlimen yang bertanding dibawah tiket PN menerima RM50,000.

Pada PRU15 lepas, PN bertanding di 169 kerusi Parlimen manakala bagi DUN pula, PN bertanding 116 kerusi.

Matematik mudah keseluruhan wang yang disalurkan PN kepada setiap calon ialah – 



Dari mana datangnya 'dana' Perikatan Nasional?

  • RM50,000 x 169 = RM8,450,000 – Parlimen
  • RM50,000 x 116 = RM 5,800,00  – DUN
  • RM8,450,000 + RM5,800,00 = RM14,250,000

Itu baru ‘sumbangan’ PN kepada calon mereka belum diambilkira jumlah perbelanjaan logistik, bahan kempen serta lain-lain yang diperlukan dalam kempen Pilihanraya.

Undang-undang menetapkan seseorang yang ingin bertanding dalam pilihan raya dikehendaki mengemukan wang deposit yang ditetapkan seperti berikut:
Jika wang deposit tidak disertakan, kertas penamaannya dianggap sebagai tidak lengkap dan Pegawai Pengurus berkuasa untuk tidak menerima kertas penamaan tersebut.

  1. Pilihan Raya Parlimen- RM10,000.00
  2. Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri- RM5,000.00 – sumber – Suruhanjaya Pilihanraya



Mengambilkira ketetapan oleh SPR, mustahil ‘sumbangan’ RM50,000 digunakan calon menggunakan duit tersebut bagi membayar deposit bagi membolehkan mereka menjadi calon. 

Melihat cara berkempen yang agak ‘lumayan’ serta serba ‘mewah’ oleh Perikatan Nasional, rakyat mulai berasa musykil dari mana sebenarnya sumber kewangan mereka.

Dari mana datangnya 'dana' Perikatan Nasional?

Belum lagi mengambilkira kekecohan pengundi yang beratur serta bersumpah ketika menerima ‘wang minyak’ dari wakil parti selepas mengundi.



Beberapa video tular termasuk mengangkat sumpah dikaitkan dengan parti yang bernaung di bawah Perikatan Nasional masih jadi perdebatan umum.

Malah, apabila Anwar mengeluarkan kenyataan mengenai cabutan bertuah nombor ‘ekor’, PN menggelabah dengan lebih teruk. Mengapa?

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button