Jumpa 158 kg daun ketum dalam but kenderaan terbabit nahas

Jumpa 158 kg daun ketum dalam but kenderaan terbabit nahas

Jumpa 158 kg daun ketum dalam but kenderaan terbabit nahas
Daun ketum ditemui dalam kenderaan yang terbabit kemalangan di KM 74, Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini, hari ini. NSTP/Ihsan PDRM

GUA MUSANG: Kemalangan membabitkan dua kenderaan di Kilometer 74, Jalan Gua Musang-Kuala Krai membawa kepada penemuan daun ketum seberat 158 kilogram (kg) yang bernilai lebih RM4,000 di dalam but sebuah kereta Toyota Vios, di sini, hari ini.

Dalam nahas jam 1.30 tengah hari itu membabitkan kereta Toyota Vios dan Honda City masing-masing dipandu lelaki berusia 24 tahun serta lelaki berusia 34 tahun.

Pemandu Toyota Vios kini kritikal kerana mengalami kecederaan parah pada kepala, dada dan kaki, manakala pemandu Honda City patah tangan kanan.



Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Sultan Ismail Petra, Kuala Krai untuk rawatan lanjut.

“Hasil siasatan awal mendapati pemandu Toyota Vios dalam perjalanan dari Kuala Krai menghala ke Gua Musang.

“Hasil pemeriksaan ke atas Toyota Vios menemukan 158 kg muatan daun ketum di dalam but. Mangsa parah pada kepala dan dalam keadaan kritikal,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat dan Seksyen 30(3) Akta Racun 1952



Pekerja kilang maut, kereta dipandu rempuh lori ditunda

Jumpa 158 kg daun ketum dalam but kenderaan terbabit nahas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

 

.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker