Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

Penulis pernah menyiarkan artikel mengenai Ketua Pemuda PAS Selangor, Mohamed Sukri Omar, yang membuat kenyataan berbaur ugutan kepada pihak berkuasa.

Dalam kenyataannya, Sukri memberi amaran agar tidak ada mana-mana pihak berani untuk mengganggu presiden PAS, Hadi Awang.



Sukri juga berkata, sekiranya itu berlaku, akan diadakan perhimpunan besar-besaran sebagai tanda bantahan.

Penulis cuba membayangkan, apakah perhimpunan besar-besaran yang dimaksudkan oleh Sukri itu akan sebesar perhimpunan menentang ICERD.

Walau pun mungkin tidak mencecah jutaan orang, tetapi ianya mencecah ratusan ribu orang yang berhimpun.

Namun dalam artikel yang penulis siarkan sebelum ini, terdapat sekitar 10 orang ahli PAS sahaja yang hadir ketika Hadi memberi keterangan di IPD Sentul.



Bagi penulis, agak mustahil sekiranya Sukri hanya mengeluarkan ugutan kosong..😉😉😉

Bukankah ahli PAS memang terkenal dengan sikap walak mereka terhadap pemimpin.

Lebih-lebih lagi apabila pemimpin utama mereka dipanggil oleh pihak polis untuk dirakamkan keterangan.

Sudah pasti ratusan ribu ahli PAS akan menunjukkan tanda protes, kalau pun tidak berguling-guling di atas jalanraya…😜😜😜



Tetapi akhirnya teka-teki penulis terjawab juga apabila mendapat tahu, rupa-rupanya Sukri juga telah dipanggil oleh pihak polis.

Pihak polis telah memanggil Sukri untuk dirakamkan keterangan beliau mengenai amaran yang beliau keuarkan tempoh hari.

Beliau telah hadir bersama peguam beliau di IPD Shah Alam.

Baca di sini:



https://malaysiagazette.com/2022/12/06/ketua-pemuda-pas-selangor-dipanggil-polis-beri-keterangan-isu-ejen-israel/

Inilah yang dikatakan kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

Ibarat ular lidi yang mahu menelan ular sawa, tetapi akhirnya ular lidi yang mati tercekik dan tidak bernyawa…😂😂😂

 



Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button