Lelaki temui ajal langgar belakang jengkaut

Oleh – Syeikh Baran


Lelaki temui ajal langgar belakang jengkaut
RUVENDRAN maut di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan kaki kirinya.

Seorang lelaki maut selepas motosikal yang dia tunggang melanggar sebuah jengkaut di Lebuh Alor Gajah – Melaka Tengah – Jasin (AMJ) di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1.35 pagi itu, mangsa, B. V. Ruvendran, 29, yang bekerja di kedai aksesori kereta meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di kepala dan kaki kiri.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, nahas berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha 135LC dalam perjalanan dari arah Kandang ke Merlimau.

“Setiba di lokasi, si mati bagaimanapun telah melanggar bahagian belakang sebuah jengkaut dan terjatuh di lorong kanan jalan.

“Akibat kemalangan itu, si mati mengalami kecederaan parah di kepala serta kaki kiri dan disahkan meninggal dunia di lokasi oleh pegawai perubatan,”katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Ujarnya, setakat tiada rakaman televisyen litar tertutup di temui di kawasan berhampiran kejadian atau saksi bebas yang tampil.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Forensik untuk proses bedah siasat bagi dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker