Polis KL sita 45 kereta, motosikal diubah suai

Polis KL sita 45 kereta, motosikal diubah suai

Polis KL sita 45 kereta, motosikal diubah suai
Polis Kontinjen Kuala Lumpur menyita 35 kereta dan 10 motosikal yang dikesan diubah suai dalam Operasi Halangan dan Operasi Samseng Jalanan, Sabtu dan Ahad lalu. NSTP/Ihsan Polis Kontinjen Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR: Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Kontinjen Kuala Lumpur menyita 35 kereta dan 10 motosikal yang dikesan diubah suai.

Kesemua kenderaan disita dalam Operasi Halangan dan Operasi Samseng Jalanan, yang dilaksanakan pada Sabtu dan Ahad lalu, membabitkan 114 pegawai dan anggota polis dengan dibantu Jabatan Alam Sekitar (JAS) serta Jabatan Pengangkutan Jalan.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Yahaya Othman, berkata operasi dilaksanakan di sekitar pusat bandar, Bukit Bintang, Jalan Changkat, Jalan Alor, Jalan Raja Laut dan Lebuhraya DUKE.

“Sebahagian besar kenderaan yang disita didapati diubah suai pada bahagian ekzos dan tindakan pemeriksaan dilaksanakan oleh pihak JAS dan JPJ serta diarahkan mengubah ke struktur asal sebelum dikembalikan kepada pemilik kenderaan.

“Sebanyak 397 saman atas pelbagai kesalahan dikeluarkan dalam Operasi Halangan ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Yahaya berkata, pihaknya menerusi JSPT turut menahan tiga daripada empat penunggang motosikal berusia antara 15 hingga 19 tahun yang menunggang secara berbahaya seperti melakukan aksi zig-zag, roket, superman dan bersaing sesama mereka di Lebuhraya DUKE.

“Seorang penunggang motosikal berusia 18 tahun pula ditahan selepas didapati memalsukan nombor pendaftaran motosikal.

“Kesemua mereka ditahan dan disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, Seksyen 29 (1) Akta Kanun Keseksaan 1955 dan akan dituduh bawah Seksyen 108(3)(e) Akta Pengangkutan Jalan,” katanya.

JSPT Polis Kontinjen Kuala Lumpur akan terus mempertingkatkan operasi pada hujung minggu bagi mencegah dan membanteras sepenuhnya aktiviti samseng jalanan serta menjaga keselamatan dan pengguna jalan raya.

Sebarang maklumat mengenai aktiviti samseng jalanan boleh disalurkan kepada Balai Polis Trafik (JSPT) Jalan Tun H S Lee di talian 03-20719999.

Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

 

Polis KL sita 45 kereta, motosikal diubah suai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker