Portugal terlalu handal buat anak buah Yakin

DOHA: Jurulatih Switzerland, Murat Yakin, berkata secara mudah pasukannya ditewaskan

pasukan lebih baik selepas dibelasah 6-1 awal pagi tadi oleh Portugal pada kelompok 16 terakhir Piala Dunia.

“Lawan kami hari ini lebih baik, laju, lebih banyak menyerang dan perancangan kami tidak berjalan lancar. Kami perlu menerimanya,” kata Yakin dalam sidang akhbar.



“Pasukan ada perancangan yang hebat dan mahu mencipta sejarah, menunjukkan bola sepak yang hebat dalam peringkat kumpulan dan kini kami berdepan lawan yang lebih baik.

“Kami masih boleh bangga dengan apa yang dicapai di sini. Kami melihat pasukan yang hebat mara hari ini dengan ada sebahagian yang boleh merehatkan pemain dan mereka ada kesegaran. Kami kurang faktor kesegaran itu,” katanya.

Jurulatih Switzerland itu berkata, pemain pertahanan, Fabian Schar yang digantikan pada babak pertama bergelut dengan rentak pernafasannya.

Ditanya mengenai masa depannya, Yakin berkata ia bukanlah sesuatu yang berlebihan.



“Kami tewas aksi hari ini dan ia tidak bermakna perlu terlalu pesimis dan mengkritik apa sahaja,” katanya.

“Kami menunjukkan semangat yang hebat dan ada perancangan yang bagus hari ini, pasukan hanya perlu menerimanya bahawa lawan lebih bagus dan ada lebih kekuatan,” tambahnya.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button