PETRONAS umum pengeluaran gas di North Malay Basin

KUALA LUMPUR: PETRONAS mengumumkan pengeluaran gas pertama daripada projek Fasa 3 North Malay Basin di Blok PM302, terletak 290 kilometer di luar pesisir Semenanjung Malaysia.

Blok PM302 dikendalikan oleh Hess Exploration and Production Malaysia B.V. (Hess), anak syarikat Hess Corporation dengan 50 peratus kepentingan penyertaan, menerusi kerjasama Petronas Carigali Sdn Bhd, yang memegang baki 50 peratus bahagian lagi.

Projek Fasa 3 North Malay Basin diluluskan pada 2019 dan adalah sebahagian daripada pembangunan pelbagai fasa.

Ia termasuk pemasangan platform wellhead Bergading-B baharu yang menambah 100 juta kaki padu sehari (MMscfd) bekalan gas dari Blok PM302, menjadikan pengeluaran keseluruhan kepada 400 MMscfd.

Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia (MPM) PETRONAS, Mohamed Firouz Asnan, berkata syarikat minyak dan gas nasional itu gembiran kerana Hess telah mengambil langkah jangka panjang perniagaan di Malaysia merentasi kitaran industri, membuktikan keyakinan terhadap industri huluan di negara ini.

“Secara bersama, kami terus membangunkan projek North Malay Basin untuk menbuka potensi sepenuhnya blok itu.

“Ini adalah pencapaian besar bagi kedua-dua rakan kongsi, memandangkan Fasa 3 projek North Malaysia Basin adalah penting dalam mengekalkan bekalan gas Semenanjung Malaysia di tengah-tengah peningkatan permintaan.

“Kerjasama rapat antara pihak-pihak Blok PM302 dan penyedia perkhidmatan mereka untuk mengatasi cabaran semasa pandemik menjayakan penyiapan ini, yang mencerminkan daya tahan keseluruhan ekosistem huluan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan.

PETRONAS, menerusi PMPM adalah penjaga sumber petroleum di Malaysia.

Melalui mandat itu, MPM menguruskan pengaturan petroleum di Malaysia dan menyediakan pengurusan aktiviti penerokaan dan pengeluaran di negara ini.

Sementara itu, Naib Presiden Hess Asia, Zhiyong Zhao, berkata kerjasama panjang syarikat itu bersama MPM PETRONAS, selain sokongan daripada Petronas Carigali dan kontraktor berkaitan menyumbang kepada kejayaan projek North Malay Basin.

“North Malay Basin adalah sumber penting yang akan membantu memenuhi keperluan tenaga negara yang semakin berkembang dan kami berbangga dapat menghasilkan gas pertama bagi Fasa 1c dan Fasa 3 dengan selamat,” katanya dalam satu kenyataan berasingan.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker