Sotong Goreng Tepung Dan Sos Cicah Ala Thai

Sotong Goreng Tepung Dan Sos Cicah Ala Thai
Sotong Goreng Tepung Dan Sos Cicah Ala Thai

 

Kali ni Che Nom nak share resepi Sotong Goreng Tepung yang memang favourite semua orang dalam rumah, dan kalau pergi Kuala Perlis pun memang wajib order sotong goreng tepung nih. Che Nom akan share juga cara nak buat sos cili Thai homemade untuk dipadankan sekali.

Nak sediakan hidangan ni biasanya ada 3 cabaran besar. Pertama tepung salut tak melekat. Kedua sotong meletop mcam bom bila goreng, ha takut kan. Dan ketiga, sotong liat pulak bila dah goreng tu.

Resepi dan teknik yang Che Nom nak share kali ni, memang boleh elak dari ketiga-tiga perkara tu terjadi.
Sotong akan bersalut elok aja bila digoreng, garing sekata dan tak meletop. Sotong pun sangat lembut bila dimakan. Tepung salutan pun sedap cukup rasakrup krap kup krap hasilnya.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk lembutkan sotong (untuk dibilas):
    • 400g sotong
    • 1 sudu kecil garam
    • 1 sudu kecil baking powder
  • Bahan-bahan untuk tepung perapan:
    • 1 biji telur putih
    • ½ sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu kecil serbuk lada putih
    • ½ sudu kecil serbuk lada hitam
    • ½ sudu besar serbuk perasa Sedap
    • 1 sudu besar sos tiram
    • ½ sudu kecil garam
    • 5 sudu besar tepung gandum
    • 5 sudu besar tepung jagung
    • Sedikit air
  • Bahan-bahan untuk tepung salut:
    • 1 cawan tepung jagung
    • 1 cawan tepung gandum
    • ½ -1 sudu besar serbuk cili
    • 1 sudu besar serbuk perasa Sedap
    • 1 sudu kecil garam halus
    • 1 sudu kecil baking powder
    • 1 sudu besar tepung beras
  • Bahan-bahan untuk sos cili Thai:
    • 2-3 tangkai cili merah
    • 3-4 tangkai cili padi
    • 3 ulas bawang putih
    • 2 cawan air
    • 1 biji perahan jus limau nipis
    • ATAU 4-5 sudu besar cuka makan
    • ½ sudu kecil parutan halia
    • 2 sudu besar sos ikan
    • Akar ketumbar
    • Air bancuhan tepung jagung
    • 2-3 sudu besar gula
    • Sedikit garam

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk lembutkan sotong (untuk dibilas):
    1. Buang kulit dan tulang sotong. Potong membulat dan buang gigi sotong.
    2. Gaul dengan garam dan baking powder. Gaul sebati
    3. Perap sotong dalam peti ais.
  2. Cara-cara untuk sos cili Thai:
    1. Potong kasar cili merah besar, cili padi (merah) dan bawang putih.
    2. Masukkan dalam blender bahan potong kasar dan sedikit air. Kisar kasar.
    3. Daun ketumbar, simpan akar dan hiris kasar daun ketumbar.
    4. Masuk dalam periuk bahan kisar kasar, tambah sedikit air dan halia parut.dan masak sehingga mendidih,
    5. Masukan akar ketumbar, cuka makan, sos ikan, garam, air bancuhan tepung jagung dan gula.
    6. Tutup api bila dah mendidih.
  3. Cara-cara untuk tepung perapan:
    1. Pecahkan telur dan ambil telur putih saja.
    2. Bilas sotong dengan air dan toskan air. Lap sikit supaya kering.
    3. Masukkan telur putih, serbuk cili, serbuk lada putih, serbuk lada hitam, sebuk perasa Sedap, sos tiram dan garam.
    4. Gaul sekata.
    5. Masukkan tepung gandum dan tepung jagung sedikit demi sedikit. Tuang air dan gaul sehingga sebati, agak- agak sederhana cair.
    6. Cara- cara untuk tepung salutan dan goreng:
    7. Dalam mangkuk yang berasingan, masukkan tepung jagung, tepung gandum, serbuk cili, serbuk perasa Sedap, garam, baking powder dan tepung beras. Kacau sekata.
    8. Salut sotong sehingga tepung bersalut sekata.
    9. Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
    10. Kacau sedikit sehingga tepung garing dan keperangan.
    11. Angkat dan rehatkan sotong atas jaring sebelum dihidang.

 

Tip:

 

  • Untuk elakkan sotong liat, perap garam dan baking powder sebelum masak.
  • Boleh ganti cuka makan dengan jus lemon ataupun jus limau nipis
  • Minyak kena banyak dan tenggelam sotong, takut tepung salutan tertanggal dari sotong kalau minyak kurang.
  • Goreng jangan terlalu lama takut sotong keras.

Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

 

Sotong Goreng Tepung Dan Sos Cicah Ala Thai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker