Ucapan Presiden di PAU Januari 2023 dijangka panas berapi.



Oleh Adam Malik

Sumber yang kami terima menyatakan , Ucaptama Presiden pada Perhimpunan Agung UMNO yang bakal di adakan pada bulan Januari 2023 akan menjadi ucapan yang paling panas.

Dikhabarkan Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahid Hamidi akan menyentuh isu2 pengkhianatan dan juga pendedahan beberapa kerja sabotaj pemimpin tertentu dari kalangan parti UMNO.

Ucapan “siapa makan cili rasa pedas’ akan diberi oleh Presiden berdasarkan prestasi parti setelah menghadapi PRU15.



Selain itu , sumber yang rapat dengan Presiden menyatakan penjelasan terhadap hala tuju parti berkenaan kerajaan perpaduan juga akan diberikan melalui ucaptama (key note address) itu.

Ia bersifat memberi rasional kenapa parti ambil Langkah yang tertentu Bersama Pakatan Harapan seperti sedia ada.

Perhimpunan ini juga ada lah yang terakhir sebelum pemilihan parti yang dijangka akan diadakan pertengahan tahun 2023 ini dimana nanti perwakilan akan mengundi calon kepimpinan baru.

Pada pemilihan nanti pasti akan terlihat calon ProPresiden atau Kluster Setia  akan berhadapan dengan calon2 yang anti Presiden atau Kluster proPPBM bertembung .



Maka, atas hal ini, Presiden UMNO Datuk Ahmad Zahidi akan ambil peluang pada ucapan nya untuk mengkritik “potential challenger” kepada kepimpinan yang berpaksi Pro Perikatan Nasional.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker