Ukraine terus `bergelap’ akibat serangan peluru berpandu Russia



Ukraine terus `bergelap’ akibat serangan peluru berpandu Russia

Ukraine terus `bergelap’ akibat serangan peluru berpandu Russia

KYIV: Ukraine memberi amaran lebih banyak wilayah terutama di Kyiv mengalami gangguan bekalan elektrik selepas beberapa serangan peluru berpandu Russia merosakkan infrastruktur tenaga yang baharu dibaiki.

Siri serangan peluru berpandu yang menjerumus sebahagian wilayah Ukraine kembali bergelap ketika musim sejuk, adalah yang terbaharu menyasarkan kemudahan penting sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Lapor Al Jazeera, Presiden Ukraine, Volodymyr Zelensky berkata, sekurang-kurangnya empat orang terbunuh dalam serangan itu.



Malah, katanya, sebahagian besar daripada 70 peluru berpandu yang dilancarkan sudah ditembak jatuh.

“Banyak wilayah dijangka mengalami gangguan elektrik. Kami akan berusaha sedaya upaya memulihkan semula bekalan terputus itu,” katanya dalam satu video yang disiarkan di televisyen.

Syarikat tenaga nasional negara itu, Ukrenergo mengesahkan hampir semua wilayah di Ukraine akan berdepan masalah yang sama lebih kerap disebabkan serangan peluru berpandu berterusan.

Sementara itu, gabenor wilayah berkata, kira-kira separuh wilayah Kyiv terputus bekalan elektrik dalam masa terdekat.



Serangan itu menyebabkan kerosakan di loji tenaga yang terletak di Kyiv, Vinnytsia, Odesa dan Sumy.

Russia tolak penetapan harga siling minyak

Ukraine terus `bergelap’ akibat serangan peluru berpandu Russia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ketua Pemuda PAS Di Rakam Keterangan Kerana Mengugut Pihak Berkuasa

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker