2 maut, 7 cedera, kemalangan dua kenderaan

Kuching: Dua maut, tujuh lagi cedera dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di hadapan Paragon Concrete, Jalan Batu Kawa di sini, malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian, pada 11.24 malam

Susulan itu, pihaknya menggerakkan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang ke lokasi kejadian.



“Setibanya di lokasi kejadian, didapati kemalangan membabitkan Toyota Mark X dan Proton Saga.

“Dua mangsa dalam kenderaan Proton Saga tersepit, manakala lima mangsa yang lain bersama dua mangsa dalam Toyota sudah keluar dari kenderaan dengan bantuan orang awam sebelum ketibaan bomba,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, jumlah keseluruhan mangsa yang terbabit ialah seramai sembilan orang.

“Anggota bomba mengeluarkan dua mangsa yang tersepit dalam Proton Saga menggunakan peralatan penyelamatan.



“Seorang mangsa lelaki tersepit pada tempat duduk pemandu dan seorang lagi pada tempat duduk penumpang bahagian belakang, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di lokasi kejadian,” katanya

Mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada 12.23 tengah malam.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button