Achey Mohon Doa Agar Dimudahkan [VIDEO]

IVF Isteri Dah Masuk Proses Penting

Achey Mohon Doa Agar Dimudahkan [VIDEO]

Achey Mohon Doa Agar Dimudahkan [VIDEO]

Ogos lalu, pelawak tanah air iaitu Achey dan isteri, Noor Hasanah memulakan rawatan persenyawaan in vitro (IVF) sebagai usaha mereka untuk menimang cahaya mata selepas 11 tahun mendirikan rumah tangga.

Berada di proses penting

Achey Mohon Doa Agar Dimudahkan [VIDEO]

Menerusi perkongsian video Achey di akaun Instagram miliknya, dia memaklumkan bahawa proses IVF isterinya menunjukkan perkembangan positif selepas empat bulan menjalani proses IVF.

Malah difahamkan juga, isterinya kini berada di proses yang penting di mana embrio matang akan dimasukkan ke dalam sistem peranakannya.

Bismillah, bermula dari Ogos dan kini proses penting telah tiba. Memasukkan embrio matang ke tubuh ibunya. Fasa yang sangat penting, mudah-mudahan berjaya.

Bukan proses mudah

Achey Mohon Doa Agar Dimudahkan [VIDEO]

Dari penulisan kapsyen juga, Achey mendedahkan bahawa proses IVF itu bukanlah mudah dan memohon doa peminat serta orang ramai agar segala urusannya dan juga isteri dimudahkan.

Usaha sebaik yang boleh, Allah juga yang menentukan berjaya atau tidak. Doakan kami terus kuat.

Perkongsian Achey itu mendapat pelbagai reaksi rakan artis serta peminat di bahagian komen yang kebanyakannya mendoakan agar usaha pasangan itu akan membuahkan hasil dan memberi perkhabaran gembira.

Achey dan isteri mempunyai seorang anak angkat perempuan pada 2018 yang diberi nama Nur Tiara Zinnirah.

Sumber: Instagram @acheykintangkintung

 

Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

Achey Mohon Doa Agar Dimudahkan [VIDEO]


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :


 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker