Agong terima menghadap Komander Tentera Darat UAE

Kuala Lumpur: Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menerima menghadap Komander Tentera Darat Emiriah Arab Bersatu (UAE) Mejar Jeneral Saeed Rashid Al Shehhi di Abu Dhabi, semalam.

Menerusi hantaran di Facebook Istana Negara hari ini, catatan itu memaklumkan dalam sesi menghadap serta perbincangan bermula pada 11 pagi waktu tempatan itu, Seri Paduka dan Mejar Jeneral Saeed menyentuh berkenaan kerjasama dalam bidang ketenteraan antara Malaysia dan UAE berdasarkan kepentingan kedua-dua negara.

“Sesi itu adalah antara aktiviti Seri Paduka dalam rangka lawatan khas ke Abu Dhabi selama empat hari yang berakhir semalam, atas persilaan peribadi Presiden UAE Yang Mulia Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan,” menurut hantaran itu.



Dalam catatan yang sama, Istana Negara memaklumkan Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat tiba di tanah air, hari ini.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button