Anak Sulung Rita Rudaini Mula Hafaz Al-Quran [VIDEO]

Selalu Minta ‘Check’ Bacaan Lepas Solat Maghrib

Anak Sulung Rita Rudaini Mula Hafaz Al-Quran, Selalu Minta ‘Check’ Bacaan Lepas Solat Maghrib

Anak Sulung Rita Rudaini Mula Hafaz Al-Quran

Selepas mendapat perhatian kerana nampak kacak seperti bapanya yang juga pemain bola sepak, Aidil Zafuan, anak sulung pelakon, Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan, sekali lagi mencuri tumpuan netizen.

Hafaz Al-Quran

Anak Sulung Rita Rudaini Mula Hafaz Al-Quran

 

Ini kerana, menerusi perkongsian yang dibuat oleh Rita di akaun TikTok miliknya, dia mendedahkan bahawa anak sulungnya itu akan kini sedang dalam proses menghafaz kitab suci, Al-Quran.

Bukan itu saja, Airit juga difahamkan akan menjalani rutin ‘pemeriksaan’ bacaan ayat-ayat Al-Quran bersama dengan Rita setiap kali pulang ketika cuti persekolahan.

Setiap kali cuti, waktu Maghrib dia akan minta mommy dan adik untuk check semula bacaan hafazan dia dari Juzuk 1. Dia takut dia lupa.

Hati sebak anak semakin besar, dewasa

Anak Sulung Rita Rudaini Mula Hafaz Al-Quran

Dari video yang sama, Rita turut meluahkan rasa sebak apabila melihat kedua-dua anak lelakinya semakin meningkat dewasa dan menghargai setiap masa yang diluangkan bersama mereka.

Sebak hati sebenarnya tengok anak-anak dah besar. Dalam hati mommy cakap, ‘mungkin ini hikmah Allah nak hadiahkan pada aku. Walaupun kami tak sempurna macam orang lain, tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku’.

Perkongsian itu juga mendapat respon positif dari netizen di bahagian komen dengan memuji kesungguhan Rita dalam mendidik dan membesarkan anak-anaknya.

Komen netizen

Video

@ritrud727

Setiap kali cuti ,time maghrib dia akan mintak mommy n adik check balik hafazan dia dr juzuk 1…dia takut dia lupa..sebak hati sebenarnya tgk anak2 dah besar…dlm hati mommy ckp ‘mungkin ini hikmah ALLAH nk hadiahkan pd aku..walaupon kami xperfect mcm org lain tp aku ada anak2 yg taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’ …Mommy n adik xsabar nak tggu ryan balik 👩‍👦‍👦 🤍

♬ original sound – Rita Rudaini – Rita Rudaini

 

Sumber: TikTok @ritrud727

Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

 

Anak Sulung Rita Rudaini Mula Hafaz Al-Quran

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker