Annuar Musa dakwa Muhyiddin bantu Umno, mana “thank you note”?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Annuar Musa dakwa Muhyiddin bantu Umno, mana "thank you note"?

Pendedahan Tan Sri Annuar Musa mengenai bantuan yang dihulurkan Muhyiddin Yassin kepada Umno ketika PRN Sabah terus dihimpit kontroversi. 

Umno pula tidak dapat mengesahkan apa-apa kerana tiada “Thank You Note” atau resit sebagai bukti penerimaan wang yang didakwa Annuar Musa.

Milik siapa sebenarnya duit tersebut? Adakah milik Muhyiddin atau milik penderma dana Perikatan Nasional?

Sebelum lebih lanjut, Annuar juga perlu menjelaskan, siapa arahkan beliau bertemu Muhyiddin di bilik tidur untuk mengadu perihal Umno kehabisan duit untuk kempen PRN?

Sekiranya Muhyiddin ada memberi beliau duit, berapa jumlah sebenar yang diserahkan? Annuar pula serahkan kepada siapa duit tersebut?

Persoalan demi persoalan timbul ekoran kenyataan Annuar Musa. Malah, sehingga satu peringkat, netizen mula mempersoalkan dari mana datangnya duit ‘berpuluh juta’ Muhyiddin kerana seringkali Muhyiddin mengeluh Malaysia sudah hampir bangkrap.

Adakah itu semua dana politik dari pihak ‘gelap’ seperti yang dihebohkan sekarang?

SPRM PANGGIL ANNUAR MUSA & MUHYIDDIN YASSIN EKORAN DAKWAAN DUIT ‘BERPELUH’ JUTA

Benar, pihak SPRM akan bertindak memanggil keduanya bagi merakamkan percakapan atas terbitan video serta dakwaan Annuar Musa.

Tetapi, apa yang dikhuatiri rakyat ialah, siasatan yang dijalankan hanya sekadar untuk ‘menutup’ mulut netizen dari terus mempersoalkannya.

SPRM perlu bertegas kerana ini melibatkan jumlah yang sangat besar dan boleh membawa kepada berlakunya proses jual beli undi di PRN Sabah.

Jika perlu bekukan semua aset milik Annuar Musa dan Muhyiddin sementara sisatan dijalankan, maka SPRM kena berani berbuat tindakan yang mampu menyakinkan rakyat.

Kontroversi duit di bilik tidur Muhyiddin sudah cukup mengejutkan semua rakyat apatah lagi jumlah yang disebut Annuar, ia boleh jadi skandal PRN terburuk pernah berlaku dalam sejarah.

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker