Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?



Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

Perdana Menteri, DS Anwar Ibrahim, melalui satu hantaran di akaun Facebook memaklumkan telah menerima kunjungan mantan perdana menteri, Ismail Sabri.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/anwaribrahimofficial/posts/pfbid02LH9utkCi82K9m7Jb3zA8vEDq5s9FyNFiF27j8RxNNMpa9Jf1mU7nK1Y8GSmxvdWal



DS Anwar memaklumkan perjumpaan antara beliau dan Ismail Sabri adalah untuk bertukar-tukar pandangan mengenai beberapa isu semasa.

Beliau juga menzahirkan penghargaan atas sokongan dan dukungan yang Ismail Sabri ke atas Kerajaan Perpaduan yang beliau pimpin sekarang.

Namun ada beberapa suara nakal yang memaklumkan kepada penulis mengenai ‘beberapa isu semasa’ yang Ismail Sabri kemukakan.

Tetapi masih lagi belum mendapat kata putus dari DS Anwar Ibrahim.



Dalam keadaan negara sedang berhadapan dengan krisis ekonomi dan kekurangan bekalan makanan dunia, rasanya tidak baik untuk kita membuat spekulasi…πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Tiba-tiba, penulis teringat kepada tradisi yang diamalkan negara sebelum ini.

Apabila seseorang perdana menteri berundur, menjadi tradisi negara untuk menghargai jasa beliau, pingat tertinggi negara yang membawa gelaran Tun akan dikurniakan.

Itu kalau berundur secara sukarela atau atas sebab kesihatan seperti Allahyarham Tun Razak, Allahyarham Tun Hussien Onn dan Tun Dr Mahathir.



Kalau kalah pilihanraya, penulis tidak pasti sama ada tradisi yang sama akan diamalkan atau tidak.

Sebagai contoh DS Najib berundur kerana tewas pilihanraya, Muhyiddin pula disingkirkan dari jawatan dan Ismail Sabri juga tewas pilihanraya.

Tun Ismail Sabri, sedap juga panggilan manja tu yer…😜😜😜

Siasat Dahulu Baru Fikirkan Ganjaran

 

Lagi molek kalau segala siasatan mengenai sebarang kemungkinan ketirisan perbelanjaan diselesaikan dahulu, barulah layak dipertimbangkan.



Bukan apa, DS Najib sudah disiasat, Muhyiddin Yasin pula sedang disiasat, elok jugalah kalau diteruskan tradisi ini.

Tapi takkan lah Ismail Sabri melobi untuk pingat Tun, bukankah beliau sememangnya terkenal sebagai pemimpin yang berjuang untuk rakyat…πŸ˜‰πŸ˜‰πŸ˜‰

Mungkin juga untuk mengenangkan jasa-jasa yang sangat hebat yang telah dibuat oleh Ismail Sabri, DS Anwar boleh juga menawarkan jawatan pengerusi atau penasihat GLC.

Mungkin boleh dilantik sebagai penasihat TNB atau Prasarana Malaysia Bhd atau lagi mantap sebagai penasihat Petronas Bhd.

Cuma Ismail Sabri kena hati-hatilah yer, takut nanti tidur sebantal, mimpi asing-asing…πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

 

Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker