Kes pecah amanah: Norza cadang lantik akauntan

KUALA LUMPUR: Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tan Sri Mohamad Norza Zakaria menegaskan kes pecah amanah membabitkan Kesatuan Ragbi Malaysia (KRM) seharusnya dijadikan iktibar oleh semua persatuan sukan kebangsaan.

Beliau, berkata sudah tiba masanya untuk persatuan sukan kebangsaan menjadi lebih profesional dan melantik mereka yang berkelayakan untuk mengendalikan kewangan persatuan.

“Kadang-kadang kita ambil mudah bahawa sukan bukan macam korporat, sukan terdiri daripada mereka yang (bekerja) secara sukarela. Namun, sudah tiba masanya untuk persatuan sukan membuat pelaburan dengan contohnya melantik pengurus kewangan, akauntan atau pengawal kumpulan kewangan.

“Kita mungkin mahu jimatkan perbelanjaan, tetapi kita boleh kerugian satu atau dua juta. Jadi saya menyeru kepada persatuan sukan untuk melihat semula urus tadbir mereka dengan meletakkan individu yang benar-benar layak untuk menjaga buku akaun.

“Kadang-kadang kita bagi satu atau dua orang kepercayaan sepenuhnya… kalau RM10,000 atau RM5,000 mungkin kita tidak perlukan kawalan yang terlalu tinggi. Tetapi apabila membabitkan satu atau dua juta, kita harus menerapkan nilai-nilai profesional dalam pentadbiran kita,” katanya.

Isnin lalu, KRM mengesahkan badan induk itu membuat laporan polis berhubung kes pecah amanah yang disyaki berlaku dalam pengendalian akaun bank badan induk itu.

Kejadian pecah amanah berkenaan disyaki dilakukan seorang daripada kakitangannya yang tidak dapat dihubungi dan dikesan.

Walaupun belum ada sebarang pengesahan mengenai kerugian yang ditanggung KRM namun ia difahamkan mencecah hampir RM2 juta.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker