Anak MB Perlis, 4 lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM

Oleh – Syeikh Baran


Anak MB Perlis, 4 lagi dilepaskan dengan jaminan SPRM
Gambar Hiasan

Anak lelaki Menteri Besar Perlis yang direman oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sejak Rabu lalu, dilepaskan dengan jaminan agensi berkenaan, hari ini.

Empat individu lain yang turut direman bagi membantu siasatan kes mengemukakan tuntutan palsu bernilai RM600,000, juga dilepaskan pada hari ini.



Menurut sumber, kesemua suspek terbabit dilepaskan dengan jaminan RM10,000 dan perlu melaporkan diri di pejabat SPRM setiap bulan.
 

Selasa lalu, SPRM menahan enam individu disyaki terbabit kes itu, ketika hadir untuk dirakamkan keterangan di Pejabat SPRM Perlis, di sini.

Susulan itu, kesemua suspek direman dua hari bermula Rabu lalu dengan seorang daripada mereka dilepaskan, semalam.

Kesemua suspek ditahan kerana disyaki mengemukakan tuntutan palsu berkait pelaksanaan projek pembangunan prasarana seperti membaik pulih, menyelenggara, pembekalan dan perkhidmatan di seluruh Perlis sejak 2022.

Sementara itu, Pengarah Kanan Bahagian Operasi Khas SPRM, Datuk Azmi Kamaruzaman, ketika dihubungi mengesahkan perkara berkenaan.



Peguam mewakili kesemua suspek berkenaan, Mohd Fadhly Yaacob, ketika ditemui di sini pula berkata pihak SPRM bebas untuk memanggil semula anak guamnya untuk melengkapkan siasatan sekiranya ada keperluan.

“Semua yang ditahan telah dilepaskan, semalam seorang dan hari ini lima orang… jadi semua selesai hari ini untuk apa-apa sepanjang tiga hari ini… dilepaskan dengan jaminan SPRM.

“Sekiranya ada keperluan untuk hadir ke pejabat SPRM bagi keterangan, mereka akan hadirlah,” katanya. – BERNAMA

Sumber – BERITA HARIAN




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading