Mesyuarat MKT Umno, apa hala tuju selepas ini?

Singkir para 'broker' yang mahu 'bunuh' Umno

 

Oleh – Bakhtiar Omar


Mesyuarat MKT Umno, apa hala tuju selepas ini?

Umno akan mengadakan mesyuarat MKT -Majlis Kerja Tertinggi yang pertama selepas PRU15 malam ini. Menarik sekali, mesyuarat malam ini dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri merangkap Presiden Umno, Datuk Seri Zahid Hamidi.

Beberapa isu menarik untuk diperhatikan dalam mesyuarat bulanan MKT Umno. Sudah pasti isu ‘pengkhianatan’ akan diangkat menjadi topik kerana berlaku perbuatan sabotaj terhadap calon PRU.

Menyentuh isu ‘pengkhianatan’, beberapa nama dikatakan menjadi tumpuan samada akan diajukan ke Lembaga Disiplin Umno atau mereka diberi peluang ‘pengampunan’.



Pada PRU15, Umno/BN mengalami kemerosotan kemenangan paling teruk dalam sejarah.

Dengan hanya 30 kerusi, dominasi BN dalam PRU dilihat sudah berakhir namun segalanya berubah 360º apabila Pakatan Harapan mempelawa BN menjadi sebahagian dari Kerajaan Perpaduan.

Mesyuarat MKT Umno, apa hala tuju selepas ini?

MKT UMNO PERLU JELASKAN KERJASAMA DALAM KERAJAAN PERPADUAN

Menjunjung Titah Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong, Umno/BN tidak mengambil masa lama untuk bersetuju bersama dalam Kerajaan Perpaduan.

MKT Umno juga perlu menelan ‘pahit’ dan menerima realiti kekalahan kali ini dipengaruhi banyak faktor termasuk calon itu sendiri.



Lewat bubar Parlimen juga merupakan antara faktor penyebab kekalahan Umno/BN kerana memberi ruang dan peluang seluasnya kepada pihak lawan untuk bangkit dari 2 kekalahan Pilihanraya Negeri berturut.

Ia mempengaruhi ‘mood’ pengundi dan bila kempen memburukkan Umno/BN bermula, segalanya agak terlambat untuk Umno/BN menangkis serangan.

HAKIKAT YANG PERLU DIAKUI KERAJAAN LEPAS

Takut kehilangan jawatan serta kedudukan, menyebabkan wujud rasa terancam sekiranya tidak lagi berada dalam kerajaan menjadikan segelintir pihak dalam Umno/BN itu sendiri tidak yakin boleh menang PRU15.

Jika pemimpin Umno tidak mengambil iktibar serta pengajaran dari apa yang berlaku, pada PRU16 kelak, Umno sudah boleh dianggap berkubur.

Mesyuarat MKT Umno, apa hala tuju selepas ini?

UMNO/BN SUDAH TERLALU ‘TUA’ UNTUK ANAK MUDA?

Adakah sudah terlalu ‘tua’ usia Umno untuk bersaing dalam politik perdana Malaysia atau sengaja ditakut-takutkan dengan ‘fiksyen’ mereka yang takut hilang jawatan?

Perlu diingat, jawatan dalam Umno bukanlah hak warisan turun temurun untuk pemimpin tertentu. Mereka perlu menunjukkan kemampuan serta jati diri bagi meraih kedudukan dalam hieraki parti.

Adalah diharapkan MKT Umno tampil dengan penjelasan mengenai Kerajaan Perpaduan serta solusi hala tuju Umno selepas ini. Ini akan banyak membantu ahli bawahan memahami serta menerima baik kerjasama serta percaturan politik Umno bagi menjamin ‘survival’ Umno masa hadapan.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker