Perdana Menteri Dedahkan Penipuan Muhyiddin Sepanjang PKP & Darurat

Perdana Menteri Dedahkan Penipuan Muhyiddin Sepanjang PKP & Darurat

Isu RM600 bilion semakin hangat diperkatakan oleh rakyat Malaysia.

Majoriti rakyat Malaysia mendesak supaya Kerajaan Perpaduan yang diterajui oleh Anwar Ibrahim menyiasat mengenai isu itu hingga ke akar umbi.

Rakyat Malaysia mahu supaya pentadbiran di era Muhyiddin bertanggungjawab ke atas setiap sen duit rakyat yang telah dibelanjakan.

Adakah perbelanjaan itu mengikut garis panduan yang telah ditetapkan, apakah adanya ketirisan di dalam perbelanjaan?

Pihak SPRM juga telah membuka kertas siasatan mengenai isu RM600 bilion.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/12/07/azam-baki-sprm-buka-kertas-siasatan-isu-rm600-bilion/

Dalam satu kenyataan media, perdana menteri yang juga merupakan menteri kewangan telah mendedahkan pembohongan yang dilakukan Muhyiddin di era PKP dan darurat.

Untuk rekod, angka RM530 bilion itu mula-mula diumumkan oleh mantan menteri kewangan di era Perikatan Nasional yang diterajui oleh Muhyiddin.

Tengku Zafrul mengumumkannya di dalam Dewan Rakyat.

Tengku Zafrul mendakwa bahawa kononnya kerajaan di bawah pimpinan Muhyiddin telah memperuntukkan sebanyak RM530 bilion sebagai pakej rangsangan ekonomi.

Namun apabila isu ini hangat diperkatakan, baharulah menteri di era Muhyiddin mengakui bahawa hanya RM110 bilion sahaja duit perbendaharaan dibelanjakan untuk tujuan itu.

Baca di sini:

https://my-tv.online/2022/11/30/ismail-sabri-hanya-berani-menafikan-perbelanjaan-rm600-bilion-dalam-fb/

Bakinya adalah dalam bentuk pengeluaran khas KWSP dan marotorium pinjaman bank.

Kedua-duanya tidak boleh dianggap sebagai perbelanjaan kerajaan kerana ianya tidak melibatkan duit perbendaharaan negara.

Perkara ini disahkan oleh Anwar Ibrahim dalam sidang media beliau di Kementerian Kewangan.

Jelas, Muhyiddin dengan sengaja dan sedar telah menipu seluruh rakyat Malaysia.

Namun begitu, Anwar mendakwa, dalam perbelanjaan sebanyak RM110 bilion itu, berlaku pelanggaran garis panduan yang telah ditetapkan.

Dan beliau telah mengarahkan supaya pihak SPRM segera melakukan siasatan.

Dan kini bukan sahaja terbukti Muhyiddin telah melakukan penipuan tetapi juga berkemungkinan besar berlaku ketirisan dalam perbelanjaan wang negara.

 

Perdana Menteri Dedahkan Penipuan Muhyiddin Sepanjang PKP & Darurat

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker