Resepi Maggi Hailam Kayangan



Resepi Maggi Hailam Kayangan
Resepi Maggi Hailam Kayangan

 

Apa khabar semua. Resepi yang Che Nom nak share kali ni ialah maggi hailam. Menu kategori yang kita boleh panggil one pot meal lah kan sebab semuanya kita masak sekali dalam kuali dan terus sedia untuk hidang dan makan.

Mula-mula kita sediakan bahan-bahan, kemudian maggi tu dicelur sedikit, jangan sampai masak lembut sekadar terlerai aja untuk elak maggi jadi cepat kembang bila makan. Kemudian, kita masak kuah hailam yang pekat, dan letak macam-macam bahan seafood, ayam, sayur dan masak supaya kuah pekat secukup rasa, dan kemudian boleh lah hidang. Sedap dimakan bersama perahan jus limau nipis.

 

Bahan-bahan:

 

  • Bahan-bahan untuk maggi hailam:
    • 3 keping maggi kering
    • 1-2 biji bawang merah kecil
    • 2 ulas bawang putih
    • 5-6 ekor sotong
    • 1 sudu kecil serbuk lada putih
    • 4 sudu besar minyak masak
    • 2 sudu besar cili kisar
    • Isi ayam
    • 2 sudu besar sos tiram
    • 2 sudu besar sos cili
    • 2 sudu besar sos tomato
    • 1/2-1 lobak merah
    • 8-10 bebola ikan
    • 4 cawan air rebusan udang (optional)
    • Atau jumlah sama air putih
    • 6 ekor udang
    • 3-4 sudu besar kicap pekat manis
    • Sayur putik jagung
    • 1/2 kiub pati ayam
    • Sedikit garam
    • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 2 sudu besar tepung jagung
    • Sedikit air
    • 1 biji tomato
    • Sayur brokoli
    • 5-6 tangkai cili padi
    • Daun sup
    • Bawang goreng
    • 1 biji limau nipis

 

Cara Penyediaan:

 

  1. Cara-cara untuk penyediaan bahan:
    1. Hiris nipis bawang merah kecil dan bawang putih.
    2. Lobak merah kupas kulit dan potong menyerong.
    3. Sayur baby corn belah 2, boleh potong menyerong kalau suka.
    4. Tomato belah 4.
    5. 5.Brokoli, rendam dalam air cuka, bilas dengan air dan potong sama besar.
    6. Fish ball belah 2, boleh ganti fish cake kalau suka.
    7. Daun sup potong sederhana halus, kalau nak ganti dengan daun bawang pon boleh.
    8. Cili padi buang tangkai dan potong sikit hujung cili.
    9. Limau nipis belah dua.
    10. Celur maggi dalam air mendidih anggaran 30 saat. Kacau sikit dan toskan air.
    11. Bilas maggi dengan air sejuk untuk hentikan proses masak (barulah maggi tak kembang).
  2. Cara-cara untuk masak:
    1. Bancuh tepung jagung dengan sedikit air, sebagai bahan untuk pekatkan kuah nanti. Kacau sebati dan ketepikan.
    2. Masak sotong dalam kuali panas tanpa minyak (macam goreng tanpa minyak).
    3. Masukkan lada sulah (pilihan). Kacau sampai sotong bertukar warna putih. Angkat dan ketepikan.
    4. Panaskan minyak dan tumis bawang sampai kekuningan. Masukkan juga cili kisar, kacau sampai garing.
    5. Masukkan isi ayam dan kacau sampai separuh masak.
    6. Masukkan sos tiram, sos cili dan sos tomato. Kacau sebati
    7. Masukkan carrot dan bebola ikan. Kacau sebati.
    8. Masukkan air rebusan kulit udang homemade (pilihan), caranya rebus kulit udang dengan air kemudian kisar dan tapis air. Kalau tak nak boleh ganti dengan air biasa.
    9. Masukkan udang, kicap pekat manis, sayur baby corn, kiub pati ayam, garam dan serbuk lada hitam.
    10. Bila kuah dah mendidih, masukkan bancuhan tepung jagung sedikit demi sedikit.
    11. Masukkan tomato, sotong, brokoli dan cili padi. Tambah air kalau nak lebihkan kuah
    12. Akhir sekali bila nak makan baru masuk maggi yang telah celur tadi. Kacau sikit dan terus hidang.
    13. Tabur hirisan daun sup, bawang goreng dan hirisan limau nipis untuk hiasan.

 

Tip:

 

  • Selepas celur, bilas maggi dengan air sejuk untuk hentikan proses masak barulah maggi tak kembang.
  • Masak sotong dalam kuali panas tanpa minyak macam goreng tanpa minyak. Cara ni dapat elak sotong terlebih masak dan liat.

https://my-tv.online/2022/10/17/mee-hailam-kuah-pekat-banjir-mudah-dan-sedap/

Resepi Maggi Hailam Kayangan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Check Also
Close
Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker