Terlalu banyak kes pemimpin PN yang perlu dibawa ke mahkamah dengan segera.

 

Selepas kemenangan Pakatan Harapan menjadi kerajaan dan Tun Mahathir dijadikan Perdana Menteri , apa yang dilakukan ada lah segera mencipta kes terhadap pemimpin UMNO.

Tujuan nya untuk mencipta naratif UMNO banyak rasuah dan perlu di tolak.

Walaupun kes2 banyak keraguan dan ketidakadilan nya , namun pada rakyat yang malas mengikuti perbicaraan , ia sudah memadai pemimpin UMNO sudah didakwa.

Kini , apabila UMNO menjadi sebahagian dari kerajaan Perpaduan atau Unity Government , UMNO perlu mendesak kerajaan UG supaya kes2 segera dibuka untuk pemimpin Perikatan Nasional dan pemimpin PPBM.

Ini supaya mereka lumpuh untuk menyatakan UMNO penuh rasuah kerana mereka  juga terbabit dengan banyak penyelewengan dan rasuah tetapi tidak didakwa.

Ahli MKT UMNO Dr Puad Zarkashi menyatakan bahawa perlu disegerakan menyiasat Zeti dan Nazlan.

Ini kerana dakwaan rasuah terhadap Zeti dan Nazlan boleh meruntuhkan kes DSNR kerana banyak perkara boleh didedahkan betapa banyak perkara telah disorok dan disembunyikan oleh kerajaan Tun Mahathir dari pengetahuan rakyat.

Malah Tun Mahathir juga bakal terkait jika sah kerajaan nya telah pun mengetahui hal rasuah Zeti dan Nazlan ketika menyiasat kes 1MDB dan SRC.

Jika tidak mengetahui , bermakna siasatan terhadap Najib tersangat “flawed” dan pincang dan siasatan tidak menyeluruh sehingga tidak sedar hal ini.

Selain itu , kes2 berkaitan 5G juga sangat jelas ada yang tidak kena.

Tender berpuluh billion dilaksana kan tidak telus dengan anugerah projek banyak keraguan tambah lagi yang tawar rendah diterima yang tawar tinggi di tolak.

Kes perbelanjaan RM600 bilion yang tidak jelas perincian perbelanjaan juga harus dibuka segera.

Dari jumlah besar RM600 bilion pasti ada ketirisan dimana mana.

Portal kami difahamkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim juga telah mengarahkan pihak tertentu menyiasat Projek Tebatan Banjir yang bernilai billion ringgit dan juga Pembatalan Projek HSR.

Pada kes Anuar Musa dedahkan dimana dia menyatakan ada berpuluh juta dalam bilik Muhyiddin Yassin kami difaham kan kes telah pun diarah siasat.

Apa pun hendak lah segera dilaksana kan kes2 ini supaya dengan segera mereka diktirafkan sebagai “kluster Mahkamah” tambah lagi kes mereka ada lah kes ‘ genuine’ dan bukan direka reka seperti Tun Mahathir mencipta kes untuk Zahid tetapi membebaskan Khairy, Muhyiddin dan Hishamuddn Hussien , malah Tun Mahathir juga ada menerima wang UKSB.

Sama juga dengan kes yang dihadapi oleh Sharir Samad dan Datuk Ahmad Maslan dimana Datuk Mustapha Mohamad dan juga Mas Ermieati  ada menerima dana sama tetapi dibebaskan oleh Tun Mahathir kerana mereka meloncat kepada parti PPBM dipimpin Mahathir ketika itu.

Maka , saranan Dr Puad agar segera didakwa dan dibuka kes babit kan Nazlan dan Zeti amat wajar jika mahu pulih kan imej negara.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker