Tom bukan perampas

Fuad Rahman dedah perkahwinan kedua hanya bertahan 6 bulan... sedang dalam proses perceraian

Tom bukan perampas

Tom bukan perampas
Fuad senang mengakui kini bercinta dengan Tom.
PENYANYI Fuad Rahman menegaskan Tom bukan seorang perampas dan punca dia dan isteri mahu bercerai hanya selepas enam bulan mendirikan rumah tangga.
Fuad atau Mohamed Fuad Abdul Rahman, 43, berkata, dia dan isteri sepakat untuk bercerai kerana sudah tidak mempunyai keserasian sebagai suami isteri malah mereka sudah lebih tiga bulan tidak tinggal bersama.

“Saya dan isteri sudah lebih tiga bulan tidak bersama… sekarang dalam proses untuk urusan perceraian di mahkamah. Jadi tak timbul isu kononnya Tom menjadi punca saya bercerai.

Tom bukan perampas
Hubungan Fuad dan isteri kedua tidak bertahan lama.

“Perkahwinan kedua saya hanya bertahan enam bulan sahaja. Kami sepakat untuk bercerai kerana tiada lagi keserasian dalam rumah tangga,” katanya kepada mStar.

Fuad mendedahkan perkara itu selepas Tom atau Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, mengakui mereka sedang menjalinkan hubungan cinta sejak seminggu lalu.

Tom turut mendedahkan Fuad sebenarnya adalah bekas teman lelakinya dan cinta mereka kembali bertaut selepas 12 tahun berpisah dan tidak menyangka kembali bertemu ketika sama-sama menyertai pertandingan Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9).

Dalam pada itu, penyanyi asal Singapura ini berkata, dia tampil menjelaskan salah faham itu kerana ada dalam kalangan netizen yang menuduh mereka tidak menjaga batas hubungan meskipun masih bergelar suami orang.

Enggan menimbulkan fitnah dalam kalangan peminat, Fuad berkata, dia dan Tom sepakat mendedahkan mereka kini sedang bercinta selepas tular video memperlihatkan aksi mereka berdua.

“Orang boleh bercakap apa sahaja kerana mereka tidak tahu hal sebenar. Bekas isteri saya pun tahu hal ini dan dia berharap urusan kami berdua dapat diselesaikan segera.

Jadi tak timbul isu kononnya Tom menjadi punca saya bercerai

FUAD RAHMAN

PENYANYI

“Saya terbuka untuk beritahu sedang bercinta kerana tidak mahu ada salah anggap… mungkin selepas ini orang akan nampak kami bersama, jadi tiada lagi tanda tanya,” jelasnya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Bagaimanapun Fuad enggan mengulas lanjut mengenai perkahwinan keduanya pada April lalu itu dan menganggap jodohnya dan isteri tidak panjang.

Bercakap hubungan dengan Tom, Fuad berharap dapat menebus kembali segala kesilapan yang pernah dilakukan kepada Tom suatu ketika dahulu termasuk meninggalkan penyanyi itu selepas ditahan pihak polis akibat penyalahgunaan dadah.

Tom bukan perampas
Fuad dan Tom kembali bercinta.

 

“Kami mula kena sejak 2005 namun hubungan ketika itu on and off. Pada 2010 saya ditahan dan dikenakan hukuman penjara. Sejak itu saya tinggalkan Tom.

“Bayangkan bagaimana dia hidup susah seorang diri apabila saya pergi begitu sahaja. Kali ini saya mahu tebus kembali kesalahan lalu.

“Perancangan untuk berkahwin itu tentulah ada tetapi buat masa ini biarlah kami fokus kepada karier masing-masing terlebih dahulu,” katanya.

Untuk rekod, menerusi perkahwinan pertama Fuad, dia dikurniakan dua orang cahaya mata yang kini masing-masing berusia 16 dan 18 tahun.

Manakala Tom pernah mendirikan rumah tangga sebanyak tiga kali dan mempunyai tiga orang cahaya mata.

Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

Tom bukan perampas

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Bila Mantan PM Menghadap PM, Apa Job Yang Boleh Dapat?

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker