Annuar Musa masih perlu buktikan dakwaan

Bukan ahli Umno lagi, tetap kena jawap dakwaan terima duit

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Annuar Musa masih perlu buktikan dakwaan

Bekas Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa masih perlu buktikan dakwaan beliau berkaitan bantuan berjumlah puluhan juta ringgit dari Muhyiddin Yassin bagi kempen PRN Sabah.



Walaupun dikhabarkan Majlis Kerja Tertinggi Umno yang bermesyuarat malam tadi telah ‘memecat’ keahliannya dari Umno, Annuar masih perlu mendedahkan jumlah sebenar yang telah diberikan Muhyiddin Yassin kepada Umno.

Ini bagi membolehkan rujukan dibuat kepada Umno Sabah samada pernah menerima sumbangan atau bantuan berjumlah puluhan juta semasa kempen PRN Sabah dari Muhyiddin Yassin.

“Saya loncat naik atas kapal terbang pergi ke Sibu…tanya Muhyiddin, saya masuk dalam bilik tidur dia beritahu Umno habis duit di Sabah, tak cukup duit. Berpuluh juta Muhyiddin bagi membantu Umno Sabah,” – Annuar Musa – Malaysia Post – 6/12/2022

Sekurang-kurangnya perlu ditunjukkan resit bukti penerimaan wang tersebut untuk dimasukkan ke dalam rekod penerimaan dana politik.



Walaupun pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia – SPRM mengeluarkan kenyataan akan menyiasat perkara tersebut, Annuar sebenarnya perlu menjelaskan apa maksud beliau membuat dakwan demikian.

Annuar Musa masih perlu buktikan dakwaan

Dalam pada itu, SPRM turut mengeluarkan kenyataan akan membuka kertas siasatan penyelewengan dana sebanyak RM600 billion.

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button