Sarjan direman bantu siasatan kes perkosa

Oleh – Syeikh Baran


Sarjan direman bantu siasatan kes perkosa
Suspek yang ditahan sebelum ini kerana disyaki terlibat kes rogol seorang pelajar tingkatan empat di Parit tahun lepas,-Foto MUHAMAD NAZREEN SYAH MUSTHAFA/KOSMO!

Anggota polis berpangkat sarjan yang ditahan sebelum ini selepas disyaki merogol pelajar direman sekali lagi di Mahkamah Majistret di sini.

Permohonan reman ke atas suspek berusia 42 tahun itu dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.



Hakim Juraidah Abas membenarkan suspek ditahan reman selama sehari hari ini.

Suspek sebelum ini direman lima hari sebelum ditangkap semula semalam untuk siasatan melibatkan mangsa rogol lain.

Terdahulu, peguam Ahmad Shamil Azad Abdul Hamid memberitahu, anak guamnya memberi kerjasama yang baik dan permohonan awal untuk direman selama tujuh hari dibatalkan oleh mahkamah dengan menggantikan dengan sehari.

“Anak guam kami memberikan kerjasama baik sepanjang siasatan dan tiada keperluan untuk dia ditahan lanjut. Selain itu, dia juga merupakan anggota polis, jadi keterangannya boleh diambil pada bila-bila masa,” katanya.



Terdahulu, suspek yang memakai pelitup muka dan baju berpenutup kepala ‘hoodie’ berwarna gelap itu tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Batu Gajah pada pukul 8.30 pagi sebelum dibawa keluar dua jam kemudian.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button