Chelsea Islan Selamat Bernikah

Pernah Disebut Mirip Engku Aleesya

Chelsea Islan Selamat Bernikah
Pelakon dari Indonesi Chelsea Islan secara rasmi berkahwin dengan jejaka pilihannya Kardinal Rob Clinton, hari ini Khamis (8/12/2022). Wajah Chelsea pernah disebut mirip dengan anak perempuan Erra Fazira, Engku Aleesya oleh peminat mereka di Indonesia.

Untuk info, Chelsea Islan dan Rob Clinton mengikat tali pertunangan di Gereja Katedral, di Jakarta pada Oktober yang lalu.

 

Hari ini Chelsea Islan dan Cardinal Rob Clinton mengadakan majlis perkahwinan secara tertutup. Menerusi gambar-gambar yang tersebar,  selepas upacara restu perkahwinan, pasangan ini terus menuju ke kereta mewah Rolls Royce berwarna hitam.

Chelsea Islan Selamat Bernikah 

Sementara itu, daripada salah satu muat naik Instagram rakan Chelsea, Darrel Jowono, @darejow menunjukkan Chelsea kelihatan anggun memakai gaun putih di dalam gereja. Sementara itu, Rob Clinton berpakaian sut krim.

Chelsea Islan Selamat Bernikah 

Perarakan perkahwinan Chelsea diiringi alunan lagu rohani bertajuk “Touch My Heart.” Untuk makluman, hubungan Chelsea Islan dan Rob Clinton mula diketahui umum pada tahun 2019.

Chelsea Islan Selamat Bernikah 

Ketika itu, mereka berdua sedang menikmati percutian bersama di Singapura. Mengenai hubungan mereka, mereka mula didedahkan pada tahun 2020. Mereka dilihat berswafoto bersama di Instagram.

 

Chelsea Islan Selamat Bernikah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker