Gerakan tumbangkan Muhyiddin sudah bermula?

Hotel mewah di Jakarta jadi tempat mesyuarat?

Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Gerakan tumbangkan Muhyiddin sudah bermula?

Desas-desus mengenai gerakan tumbangkan Muhyiddin Yassin sudah heboh diperkatakan di kalangan pemerhati politik.

Kononnya, semalam ada mesyuarat khas untuk membincangkan perkara tersebut tetapi mengejutkan ia tidak berlangsung di Malaysia, sebaliknya di Jakarta, Indonesia.

Segalanya dikatakan bermula sejak kegagalan Muhyiddin membentuk kerajaan walaupun sudah nampak kemenangan PRU15.



Ini semua dikaitkan dengan keangkuhan beliau yang enggan bekerjasama dengan Pakatan Harapan untuk membentuk kerajaan sebagaimana dititahkan YDP Agong.

Memburukkan lagi keadaan, Muhyiddin juga dikatakan meletakkan syarat agar Zahid Hamidi dipecat sekiranya Umno mahu bekerjasama dengan Perikatan Nasional.

Parti Pribumi Bersatu Malaysia-PPBM juga dikatakan dalam dilemma apabila sekutu mereka yakni PAS menguasai majoriti kerusi yang dimenangi Perikatan Nasional.

Ini menimbulkan keresahan akan tuntutan PAS terhadap PPBM untuk menawarkan jawatan tertentu kepada PAS sebagai timbal balas membantu kemenangan PN.



Gerakan tumbangkan Muhyiddin sudah bermula?

Pendedahan Annuar Musa mengenai bantuan kewangan yang diberikan Muhyiddin semasa kempen PRN Sabah juga menjadi persoalan besar kepada kebanyakan ahli mereka. Benarkah dakwaan Annuar Musa dan berapa jumlah sebenar yang diberikan Muhyiddin masih belum berjawap.

Turut menjadi kegusaran kebanyakan ahli PPBM ialah perbelanjaan kempen PRU15 yang dikaitkan dengan dana RM600 billion.

Ini semua telah menyebabkan satu pihak dalam PPBM mahu penjelasan tetapi di satu pihak lagi enggan mendedahkan kerana mengganggap itu adalah rahsia parti.

Akibatnya, perpecahan melanda dan gerakan bagi mendapatkan kebenaran bermula sesuai dengan prinsip parti yang mahu mempejuangkan intergriti serta bebas unsur rasuah.

Siapa yang bersama Muhyiddin dan siapa pula yang akan menentang Muhyiddin?

Annuar Musa dakwa Muhyiddin bantu Umno, mana “thank you note”?

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker