Kerjasama UMNO Dan Pakatan Harapan Sangat Di Takuti Perikatan Nasional

Kerjasama UMNO Dan Pakatan Harapan Sangat Di Takuti Perikatan Nasional

Kerjasama UMNO Dan Pakatan Harapan Sangat Di Takuti Perikatan Nasional

Pasca PRU 15, dinamika politik menunjukkan dirinya yang sebenar.

Kerjasama 2 gabungan parti politik yang selama ini tidak pernah difikirkan akan berlaku telah menjadi realiti.

Kalau dahulu, gabungan antara PH yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAN dikatakan tidak mungkin akan berkerjasama dengan BN yang dianggotai oleh UMNO, MCA dan MIC.



Tetapi itulah yang sedang berlaku sekarang.

Persoalannya, apakah kerjasama 2 gabungan parti politik ini akan memberikan keuntungan jangkamasa panjang kepada BN dan PH?

DAP dan PKR mendapat sokongan tidak berbelah bahagi dari masyarakat bukan Melayu, terutamanya di bandar.

Manakala UMNO pula mendapat sokongan dari masyarakat Melayu yang berada di luar bandar, terutamanya di Felda.



Benar, UMNO kehilangan banyak kerusi tradisi mereka di luar bandar dalam PRU 15.

Tetapi kehilangan keyakinan dan sokongan bukanlah faktor utama mengapa perkara itu berlaku.

Faktor sebenar akan terbongkar apabila isu RM600 bilion dapat dirungkai sepenuhnya.

BN Dan PH Tidak Lagi Bersaing Untuk Mendapatkan Undi

PH dan BN tidak lagi bersaing untuk mendapatkan undi dari pengundi di bandar.

Maka semua undi Melayu dan bukan Melayu di bandar akan pergi kepada PH.

Maka ianya bukan sahaja akan memberikan laluan yang mudah untuk PH mengekalkan kerusi.

Malah akan memberikan laluan mudah kepada PH untuk memenangi kerusi baharu.

Manakala untuk kerusi di luar bandar pula, sudah pasti undi Melayu dan bukan Melayu yang selama ini mengundi PH, kesemuanya akan pergi ke kotak undi BN.

Ini sudah pasti akan membina satu kekuatan yang sukar digugat oleh calon dari parti lain, terutamanya dari Perikatan Nasional.

Inilah yang sangat digeruni oleh Perikatan Nasional sekiranya UMNO kekal berkerjasama dengan Pakatan Harapan.

Jadi, tidak hairanlah, PN dilihat sedaya upaya cuba meniupkan api perkauman, memainkan sentimen ugama untuk menakutkan pengundi.

Apa yang tidak mereka nyatakan ialah sekiranya kerjasama ini berkekalan, negara akan mempunyai kerajaan yang kukuh.

Dan ianya pasti akan memberikan kebaikan kepada rakyat dan negara.

Apa yang kita harapkan ialah kerjasama ini akan terus dapat dijalinkan demi untuk rakyat dan negara.

 

Kerjasama UMNO Dan Pakatan Harapan Sangat Di Takuti Perikatan Nasional

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker