Polis Thailand sangkal letupan di landasan kereta api Sadao akibat cuai

Polis Thailand sangkal letupan di landasan kereta api Sadao akibat cuai

Polis Thailand sangkal letupan di landasan kereta api Sadao akibat cuai

SONGKHLA: Polis Thailand menyangkal dakwaan letupan kedua yang berlaku di landasan kereta api Sadao sehingga mengorbankan tiga pekerja pada Selasa lalu disebabkan kecuaian skuad pemusnah bom negara ini.

Letupan itu yang turut mencederakan empat lagi pekerja penyelenggaraan berlaku kira-kira 400 meter dari tempat kejadian pertama Sabtu lalu.



Ketua Polis Songkhla, Wara Vechapinan berkata, skuad pemusnah bom sudah memeriksa tempat kejadian untuk memastikan keselamatan awam.

Beliau menjelaskan terdapat banyak faktor yang menyumbang kepada kerosakan peranti pengesan bom termasuk cuaca.

“Bagaimanapun, pihak berkuasa akan menjalankan siasatan,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Tujuh pekerja rel dilaporkan berada di tempat kejadian untuk menjalankan kerja-kerja pembaikan di landasan yang rosak apabila letupan berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi waktu tempatan.



Letupan kuat itu menyebabkan tiga pekerja maut di tempat kejadian manakala empat lagi dikejarkan ke hospital untuk menerima rawatan.

Pada 3 Disember lalu, berlaku satu letupan bom di landasan menyebabkan kereta api barang mengangkut getah yang dalam perjalanan dari Hatyai ke Padang Besar tergelincir.

Sementara itu, State of Railway Thailand (SRT) mendapatkan kerjasama daripada pihak penguatkuasa untuk meningkatkan kawalan keselamatan di tempat kejadian.

Gabenor SRT Nirut Maneepan dalam satu kenyataan berkata, adalah penting untuk memastikan keselamatan pekerja yang tiba di tempat kejadian untuk membaiki landasan kereta api yang rosak akibat dibom pada Sabtu lalu.



“Kita perlu memastikan keselamatan semua termasuk pekerja, pegawai serta orang awam yang menggunakan perkhidmatan kereta api,” kata beliau.

Sehingga kini, laluan kereta api Hatyai-Padang Besar masih ditutup selama beberapa hari bagi menjalankan kerja-kerja pembaikan.

Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT



 

Polis Thailand sangkal letupan di landasan kereta api Sadao akibat cuai


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Ismail Sabri dijangka tidak hadir MKT

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button