UMNO  buang Kitol2 nya.

Oleh Adam Malik

Semalam  sejurus selepas selesai mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi UMNO , maka nama2 ahli UMNO yang dipecat pun di umumkan.

Apa yang dinantikan sekian lama oleh sebilangan akar umbi UMNO menjadi kenyataan yang membawa kelegaan.



UMNO secara rasmi telah memecat beberapa Ketua Bahagian , dan Ketua Wanita bahagian nya.

Apa yang menarik dan terpenting ada lah pemecetan Ketua Bahagian Ketereh , Tan Sri Annuar Musa.

Sekian lama di lihat oleh ahli bawahan menjadi duri dalam daging dan melawan songsang serta berkiblat kan Ketua Parti lawan , kini semua nya merasa lega apabila dipecat dari UMNO.



Annuar kini bebas untuk membuat apa sahaja kerana telah tidak terikat dengan UMNO lagi.

Mungkin juga ia menjadi kelegaan kepada Annuar sendiri kerana ‘tugasan’ yang diberi oleh pihak tertentu kepada nya sudah tidak perlu dilaksanakan lagi.

Ramai ahli UMNO melihat , mereka2 yang digelar sebagai “kluster Broker’ seolah olah diugut atau diumpan untuk menjahanamkan UMNO.

Selain menjahanamkan UMNO, mereka dilihat sebagai “barua’ kepada parti lawan khusus nya Muhyiddin Yassin.



Keyakinan ahli UMNO berkenaan kerja2 merosak kan UMNO oleh Annuar Musa dan kawan2 “Kluster broker” ada lah atas sebab mereka tidak didakwa oleh Tun Mahathir selain mereka tidak mahu masuk kepada Parti Bersatu , jika benar sudah benci UMNO.

UMNO sebelum ini sudah pun memecat dan menguggurkan beberapa kawanan Kluster Broker , seperti Datuk Zahidi Zainul , Sahidan Kassim dan beberapa yang lain yang menjadi calon bertanding melawan UMNO.

Dijangka selebih saki baki kelompok Kluster Broker akan diuruskan dengan cara lain pula.

Ada yang sudah pun disenaraikan nama untuk memberi keterangan berkaitan perbelanjaan RM600 bilion.



Kepimpinan UMNO bekemungkinan sudah mendapat maklumat berkenaan perancangan para Kitol2 ini untuk berpakat merebut kerusi ‘Top 5” UMNO dan menyinggkir Team Setia menggunakan dana yang besar demi untuk membawa UMNO kepada ‘Tuan” mereka di parti Bersatu.

Mereka lebih cenderong menjadikan Muhyidin Yassin sebagai Boss mereka.

Namun, dengan pembersihan anasir bertaraf ‘SiKitol” UMNO kini menumpukan kepada membina kekuatan parti dan menguruskan kerajaan bersama sekutu mereka dii Pakatan Harapan.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button