Argentina jumpa Croatia di separuh akhir

DOHA: Argentina menewaskan Belanda menerusi penentuan penalti untuk mengesahkan tiket ke separuh akhir Piala Dunia, sebentar tadi.

Pada aksi suku akhir yang mencetuskan drama di Stadium Lusail itu, permainan terpaksa diheret ke penentuan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 sehingga tamat masa tambahan.

Pemain gantian Belanda, Wout Weghorst meledak dua gol pada lewat permainan, termasuk gol pada masa kecederaan selepas Argentina mendahului 2-0 menerusi jaringan Nahuel Molina dan penalti Lionel Messi.



Penjaga gol, Emiliano Martinez muncul wira Argentina pada penentuan penalti selepas berjaya menyelamatkan dua sepakan lawan untuk pasukan itu melakar kemenangan 4-3.

Kemenangan menyaksikan Argentina akan membuat perhitungan menentang Croatia di peringkat separuh akhir.

Croatia mara selepas menyingkirkan juara lima kali, Brazil menerusi penentuan penalti selepas terikat 1-1 sehingga tamat masa tambahan dalam satu lagi aksi suku akhir yang berlangsung sebelum itu.

AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button