Bintang bola keranjang AS dibebaskan sebagai pertukaran untuk pengedar senjata Russia

Bintang bola keranjang AS dibebaskan sebagai pertukaran untuk pengedar senjata Russia

Bintang bola keranjang AS dibebaskan sebagai pertukaran untuk pengedar senjata Russia

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Joe Biden mengesahkan bintang bola keranjang AS, Brittney Griner, dibebaskan dari penjara Russia semalam, sebagai pertukaran dengan pedagang senjata Russia, Viktor Bout yang terkenal dengan gelaran β€˜Saudagar Kematian’.

Griner, 32, yang ditangkap di Russia pada Februari lalu atas tuduhan memiliki dadah dan Bout, 55 yang menjalani hukuman penjara selama 25 tahun di AS, dilakukan di lapangan terbang di Abu Dhabi.

Dalam rakaman yang dikeluarkan media Russia, Griner, yang dicukur rambutnya dan Bout yang kelihatan tenang, melintasi laluan di landasan lapangan terbang, menuju ke arah pesawat yang membawa mereka pulang ke negara masing-masing.



Biden mengumumkan pembebasan Griner dalam ucapannya kepada rakyat di White House dan memberitahu dia berada dalam keadaan yang baik selepas mengalami trauma.

β€œGriner selamat, dalam pesawat dan dalam perjalanan pulang. Saya sudah bercakap dengan beliau dan atlet itu berada dalam semangat yang baik selepas mengalami trauma yang tidak perlu,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Griner, pemenang dua kali pingat emas Olimpik, juara Persatuan Bola Keranjang Kebangsaan Wanita (WNBA) dan pelopor LGBT, ditahan di lapangan terbang Moscow sembilan bulan lalu, ketika ketegangan yang memuncak di Ukraine.

Dia dituduh memiliki kartrij vape dengan kuantiti minyak ganja yang kecil dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun pada Ogos lalu.



Bout, yang dituduh membekalkan senjata kepada pemberontak dalam beberapa konflik paling berdarah di dunia, ditahan dalam operasi AS di Thailand pada 2008, diekstradisi ke AS dan dijatuhi hukuman penjara 25 tahun pada 2012.-AFP

Russia tolak penetapan harga siling minyak

Bintang bola keranjang AS dibebaskan sebagai pertukaran untuk pengedar senjata Russia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zahid Terus Berlapang Dada, Kemarahan Akar Umbi Makin Membara

 

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker