Croatia luar biasa

Doha: Jurulatih Zlatko Dalic menegaskan “ini bukan penamat” selepas pasukannya menyingkirkan Brazil daripada Piala Dunia menerusi penentuan sepakan penalti dalam aksi suku akhir awal pagi tadi.

Perlawanan itu beraksi dengan keputusan seri 1-1 selepas masa tambahan dengan Bruno Petkovic membatalkan gol pembukaan Neymar di masa tambahan.

Croatia yang menjadi finalis Piala Dunia 2018 di Piala Dunia Russia, menang penentuan penalti 4-2.

“Ini adalah kemenangan untuk rakyat Croatia,” kata Dalic.



“Perlawanan yang hebat. Kami menyingkirkan pasukan pilihan utama.

“Ini adalah Croatia – kebanggaan, keberanian dan patriotisme.”

Beliau berkata, pasukannya menyahut cabaran ketika berada di bawah tekanan paling hebat.

“Croatia adalah yang terbaik apabila ia diperlukan. Apabila diperlukan Croatia sentiasa berjaya. Tiada siapa yang patut memandang rendah kami.



AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker