MOEVD perkenal aplikasi MOEVD Umrah

MOEVD perkenal aplikasi MOEVD Umrah

Oleh – Editor

Moevd Groups Sdn Bhd, sebuah syarikat yang berdaftar di Malaysia yang membangunkan Servis Aplikasi Gaya Hidup (People’s Lifestyle App) di bawah jenama Moevd telah memperkenalkan platform digital terkini “Moevd Umrah” kepada pengusaha-pengusaha agensi pelancongan umrah dan haji yang berdaftar di Malaysia. Majlis ini telah berlangsung di Hotel Grand Barakah, Kuala Lumpur.


Majlis yang diadakan ini adalah untuk memberi taklimat yang lebih lanjut mengenai platform Moevd Umrah dan kelebihan kepada agensi apabila mereka mendaftar bersama Moevd. Antara kelebihan yang ditawarkan kepada agensi yang berdaftar ialah tiada kos pendaftaran, percuma promosi dan kempen yang agresif di media social dan di dalam aplikas Moevd sendiri .

Moevd juga mengadakan promosi di expo-expo pelancongan serta di pusat beli belah untuk capaian pasaran pengguna yang lebih meluas.



MOEVD perkenal aplikasi MOEVD Umrah

Aliran sistem Moevd Umrah juga telah dibentangkan supaya agensi lebih mudah untuk memahami dan menggunakan platform ini. Melalui platform ini agensi umrah yang telah berdaftar boleh menawarkan semua pakej umrah sepanjang tahun kepada bakal jemaah umrah.

Majlis ini juga turut dihadiri oleh Dato Sri Razali, Presiden Persatuan Pelancongan Umrah dan Haji. (PAPUH), Beliau berkata “Dengan adanya platform Moevd Umrah ini, semua agensi yang berdaftar di bawah PAPUH boleh menggunakan platform ini untuk mempromosikan dan mengembangkan lagi rangkaian perniagaan umrah mereka.”

Moevd juga menawarkan diskaun sebanyak RM100 untuk 100 pengguna yang membuat tempahan terawal di platform dan PERCUMA kurma ajwa seberat 1kg yang akan dihantar terus ke alamat rumah.

“Moevd Umrah ini merupakan platform digital pertama di Malaysia yang menawarkan pelbagai pakej umrah dari pelbagai agensi di seluruh Malaysia. Pelanggan boleh membuat perbandingan dan memilih pakej umrah yang terbaik untuk diri sendiri atau keluarga secara dalam talian, pada bila-bila masa dan di mana sahaja” – Zumy Zuheidy, Ketua Pegawai Eksekutif Moevd.

Untuk pertanyaan media yang lebih lanjut, sila hubungi: Pn. Faizah Ismail di Mobile: 019 266 6034 Email: [email protected], Shamsulshah Mobile: 017 241 2891 Email: [email protected] atau Safiqah Esa di Mobile: 012 424 4173 Email: [email protected]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker