Status wang AS$10 juta Rohana jadi persoalan di Parlimen

Kuala Lumpur: Pejabat Peguam Negara (AGC) tidak mengetahui sama ada bekas Ketua Pegawai Eksekutif Astro Malaysia Holdings Bhd Datuk Rohana Rozhan sudah mengembalikan wang AS$10 juta berkaitan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tahun lalu, Rohana menyatakan persetujuan untuk menyerahkan semula AS$10 juta yang diberikan oleh bekas pegawai bank Goldman Sachs Group Inc Tim Leissner kepadanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, Pejabat Peguam Negara tiada pengetahuan berkenaan perkara ini.

Beliau berkata demikian melalui jawapan bertulis di Dewan Rakyat bagi menjawab soalan Lim Lip Eng (PH-Kepong) yang meminta Perdana Menteri menyatakan adakah Rohana sudah mengembalikan wang AS$10 juta kepada kerajaan.

Sebelum ini, Leissner memberitahu Mahkamah New York bahawa beliau memberikan Rohana AS$10 juta yang mana bekas pegawai tertinggi Astro itu membeli sebuah rumah bernilai AS$7 juta di Montpelier Street, London.

Leissner ialah saksi utama pendakwaan bagi perbicaraan bekas rakan sekerjanya di Goldman Sachs Roger Ng yang didakwa membantu menyeleweng dana kekayaan 1MDB milik Malaysia ketika skim itu wujud dari 2009 hingga 2014.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker