‘Saya lakukan demi 45 juta orang’

DOHA: Penjaga gol Argentina, Emiliano Martinez menegaskan ‘semangat dan hati’ membawa pasukannya mara ke separuh akhir Piala Dunia – dan dia teruja untuk menghadirkan kegembiraan buat negaranya yang bergelut dengan krisis ekonomi.

Martinez muncul salah satu wira buat Argentina pada aksi suku akhir dengan menyelamatkan dua sepakan penalti pertama Belanda apabila perlawanan diheret ke penentuan sepakan penalti selepas aksi terikat 2-2.

Argentina menang 4-3 sekali gus mara ke separuh akhir berdepan Croatia yang mengejutkan Brazil.

“Kami berada di separuh akhir kerana kami ada semangat dan hati. Kami sangat teruja, sama seperti semua yang lain,” kata Martinez.



“Perkara pertama yang kami fikirkan adalah emosi. Saya melakukannya demi 45 juta orang. Negara kami sedang berada dalam keadaan yang kurang baik atas isu ekonomi.

“Jadi, saya sangat berpuas hati kerana dapat memberikan kegembiraan kepada mereka.”

Dia turut mengkritik pengadil Sepanyol, Antonio Mateu Lahoz dan melabel pengadil itu sebagai ‘gila dan angkuh’.

“Anda bercakap sesuatu kepadanya dan dia bercakap buruk kepada anda. Dia memberikan 10 minit (masa kecederaan) dan memberikan semua sepakan percuma kepada Belanda.



“Disebabkan Sepanyol sudahpun tersingkir jadi dia mahu kami juga tersingkir,” katanya.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker