537 mangsa banjir di Pahang

Kuantan: Hujan lebat berterusan sejak semalam mengakibatkan lima daerah di Pahang dilanda banjir dengan lapan pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka bagi menempatkan 537 mangsa daripada 160 keluarga setakat 8 pagi.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Pahang memaklumkan daerah Temerloh mencatatkan bilangan mangsa tertinggi dipindahkan ke PPS iaitu seramai 380 orang diikuti Lipis (79 orang), Jerantut (34 orang), Bera (25 orang) dan Raub (19 orang).

Selain itu, dua sungai di Pahang turut melepasi amaran bahaya iaitu Sungai Lipis di Batu Malim, Raub dan Sungai Triang, Bera.

Ramalan cuaca menjangkakan hujan pada sebelah petang di Kuantan, Pekan, Jerantut dan Rompin, manakala ribut petir akan melanda beberapa kawasan di Temerloh, Maran, Raub, Cameron Highlands, Bentong dan Bera.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker