Pepe, Fernandes kecam pengadil

DOHA: Pemain Portugal, Pepe dan Bruno Fernandes membidas pengadil dari Argentina selepas kekalahan 1-0 pada suku akhir Piala Dunia di tangan Maghribi awal pagi tadi, dengan mendakwa kewarganegaraannya memberi kesan kepada permainan.

Argentina mara ke separuh akhir kelmarin apabila menewaskan Belanda dan sekiranya mereka layak ke final, mungkin menentang Maghribi atau Perancis.

Pengadil perlawanan Facundo Tello, dua penolongnya dan pembantu pengadil video semuanya dari Argentina.

“Tidak boleh diterima pengadil Argentina mengadili permainan kami,” kata Pepe di televisyen Portugal.



“Selepas apa yang berlaku semalam, dengan (Lionel) Messi merungut, semua warga Argentina bercakap mengenainya, dan pengadil itu bertugas di sini.

“Apa yang kami pamerkan pada separuh masa kedua? Penjaga gol rebah ke tanah. Hanya ada lapan minit masa kecederaan. Kami bekerja keras dan pengadil hanya menambah lapan minit.”

Messi merungut mengenai pengadil pertembungan Argentina dengan Belanda, mengatakan terlalu banyak masa tidak sepatutnya ditambah.

Rungutan utama Portugal pula terlalu sedikit masa ditambah dalam pertembungan mereka dengan Maghribi dan tidak berpuas hati apabila mendakwa pasukan dari Afrika Utara itu terlalu kerap melengah-lengahkan masa pada separuh masa kedua.



Bruno Fernandes berasakan lebih banyak masa kecederaan sepatutnya ditambah dan menegaskan pengadil dari pasukan yang masih terbabit pada kejohanan itu tidak harus dipilih mengadili perlawanan.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker