Perancis hantar England pulang

AL KHOR: Tandukan Olivier Giroud 12 minit sebelum tamat permainan mengekalkan misi mempertahankan kejuaraan Perancis di Piala Dunia dengan kemenangan 2-1 ke atas England pada suku akhir.

Aurelien Tchouameni meletakkan Perancis di depan dengan rembatan padu pada minit ke-17 tetapi kemudian dia mengasari Bukayo Saka pada minit ke-54 dan memberikan penalti kepada England.

Penyerang Harry Kane menyempurnakan sepakan berkenaan, menewaskan rakan sepasukan Spurs di gawang Perancis, Hugo Lloris untuk gol penyamaan England.



Giroud menanduk gol kemenangan hasil hantaran Antoine Griezmann tetapi England sekali lagi diberikan sepakan penalti enam minit sebelum tamat permainan.

Kane yang menyamai rekod jaringan terbanyak Wayne Rooney untuk England pada 53 gol, tampil mengambil sepakan berkenaan, namun sepakannya melambung tinggi.

Perancis akan bertemu Maghribi di separuh akhir Rabu ini selepas pasukan Afrika Utara itu menewaskan Portugal 1-0.



REUTERS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button