PM Anwar minta KPM segera siasat kes buli pelajar



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta Kementerian Pendidikan (KPM) menyiasat segera isu buli dihadapi pelajar sekolah.

“Terima kasih anakanda. Saya akan memohon KPM yang kini dikepalai oleh Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk siasat dalam kadar segera,” katanya menerusi kenyataan di media sosial termasuk Twitter dan Facebook.

Difahamkan, satu gambar surat luahan pelajar dibuli diterima oleh Anwar yang mana pelajar itu meminta perkara itu diberi perhatian.

Dalam surat berkenaan, pelajar dikenali sebagai Tejessh Kanaraju menyatakan dia dibuli beberapa pelajar sekolah lain.



Mangsa menjelaskan, situasi itu dilaporkan kepada guru namun tiada tindakan diambil, malah guru itu dilihat bersikap rasis.

Justeru dia memohon kepada Anwar untuk memastikan perkara ini tidak berlaku lagi.

Bagaimanapun kenyataan Perdana Menteri itu diturunkan daripada semua platform media sosial.

BHOnline





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker