‘Itu kerja saya’

Doha: “Jika kamu melihat Jalur Gemilang di belakang tiang gol, itu kerja saya,” tulis Jagjit Singh menerusi hantaran di Facebook (FB) miliknya, semalam.

Hantaran Jagjit itu sekali gus menjawab persoalan netizen yang tertanya-tanya siapa gerangan individu membawa Jalur Gemilang di Stadium Al Thumama iaitu tempat berlangsungnya perlawanan sengit antara pasukan Portugal dan Maghribi, kelmarin.

Jagjit memuat naik hantaran berkenaan dengan gambarnya memakai jersi Harimau Malaya dan berdiri di hadapan Jalur Gemilang dalam stadium.



Perkongsian Jagjit itu mendapat pelbagai maklum balas positif dan menerima lebih 2,000 tanda suka setakat ini.

Rata-rata netizen memuji semangat patriotik Jagjit dan turut berterima kasih kepada pemuda itu kerana cuba mengetengahkan nama negara di persada dunia.

“Terima kasih Jagjit Singh. Usaha yang baik!!! Bangga dengan kamu,” tulis pengguna Facebook, Eddy Salman.

“Terbaik bang, bangga anak Malaysia,” tulis seorang lagi pengguna Fb, Ikhwan Zulkarnain Yusof.



“Terbaik dan terima kasih ‘brother’. Semoga suatu hari Malaysia akan ke Piala Dunia FIFA,” tulis Azmin Johar.

Terdahulu, tular gambar dan video menunjukkan Jalur Gemilang digantung di antara bendera Maghribi di hadapan tempat duduk penonton yang tidak jauh daripada tiang gol.

Jalur Gemilang itu dapat dilihat setiap kali kamera fokus ke arah tiang gol.

METRO



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button