John Stones bawa pulang kucing ‘ Dave’

AL WAKRAH, Qatar: Impian England untuk menjulang Piala Dunia mungkin musnah tetapi dua pemain Manchester City, Kyle Walker dan John Stones tidak mahu meninggalkan Qatar dengan tangan kosong – justeru mereka akan membawa pulang seekor kucing terbiar yang disukai pasukan itu di pangkalan latihan mereka.

England kalah di tangan Perancis, yang meraih kemenangan 2-1 pada suku akhir kelmarin.

Kucing jalanan itu, yang diberi nama Dave oleh Stones, perlu menjalani kuarantin selama empat bulan sebelum boleh tinggal bersama dua pemain City itu.

“Dia hanya berada di sana pada satu hari, jadi kami baru sahaja mengambilnya untuk dipelihara, saya dan Stonesy,” kata Walker kepada saluran media rasmi FA.



“Dave amat dialu-alukan… Sesetengah orang tidak menyukai kucing, tetapi saya sukakannya.”

“Hari pertama kami tiba di sana… Dave muncul,” tambah Stones.

“Setiap malam dia duduk di sana menunggu makanannya.”

REUTERS



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker