Najib Akan Di Bebaskan Selepas 26 Januari 2023

Najib Akan Di Bebaskan Selepas 26 Januari 2023

Najib Akan Di Bebaskan Selepas 26 Januari 2023

Mantan perdana menteri ke 6, DS Najib, telah berjaya dalam permohonan beliau untuk mendapatkan semakan kehakiman kes SRC.

Prosiding semakan kehakiman kes SRC yang membabitkan DS Najib akan diadakan di Istana Kehakiman, Putrajaya selama 3 hari, 19,20 dan 26 Januari 2023.

TS Shafie Abdullah akan kembali mewakili DS Najib dalam semakan kehakiman tersebut.

Dalam permohonan semakan kehakiman tersebut, DS Najib mengemukakan 4 alasan:

  1. Keputusan panel Hakim Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan pembelaan untuk memasukkan bukti baharu berkaitan hakim bicara, Nazlan Mohd. Ghazali dan membatalkan perbicaraan kes itu.
  2. Menyemak keputusan mahkamah yang menolak permohonan untuk menggugurkan Ketua Hakim Negara daripada mendengar rayuan akhir tersebut.
  3. Memohon agar pendengaran rayuan akhir itu didengar semula di hadapan panel hakim yang lain yang dianggotai tidak kurang daripada tujuh orang hakim.
  4. Nazlan mempunyai konflik kepentingan apabila mendengar perbicaraan itu.
  5. Beliau merupakan bekas Kaunsel Kumpulan Maybank yang memberikan pinjaman kepada syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
  6. Pasukan pembelaan yang baharu tidak diberikan ruang dan peluang untuk bersedia sebelum berhujah dalam rayuan akhir itu.
  7. Pendengaran rayuan akhir itu telah dijalankan secara sebelah pihak (ex-parte) apabila tiada hujahan daripada pihak pembelaan.
  8. Hakim Tengku Maimun enggan menarik diri daripada mendengar rayuan tersebut sedangkan suaminya, Zamani Ibrahim dikatakan menunjukkan rasa tidak senang terhadap Najib sejak Mei 2018.

DS Najib memohon agar beliau dilepas dan dibebaskan daripada sabitan serta hukuman.

Dan kes penyelewengan dana SRC International dibicarakan semula di hadapan hakim yang lain.

Semakan Kehakiman Perlu Di Benarkan Untuk Di Rakamkan Untuk Tontonan Umum

 

Najib Akan Di Bebaskan Selepas 26 Januari 2023

Anak DS Najib, Nooryana Najwa memohon agar semakan penghakiman itu dibuat secara langsung atau dibenarkan untuk rakaman.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/647568

Pada pendapat penulis, sekiranya kerajaan Indonesia membenarkan perbicaraan pembunuhan Joshua dirakam untuk tontonan umum.

Maka tidak ada sebab mengapa prosiding semakan kehakiman kes SRC tidak dibenarkan.

Ianya tidak langsung mempunyai kaitan dengan keselamatan negara dan rakyat berhak untuk mengetahui keadaan yang sebenar.

Sekiranya semakan kehakiman dilakukan secara adil dan telus, DS Najib mempunyai peluang yang besar untuk dibebaskan dan menjalani perbicaraan semula.

DS Najib tidak meminta agar kes beliau digugurkan, tetapi mahukan perbicaraan yang adil serta berpaksikan Kedaulatan Undang Undang negara.

Semuga Kedaulatan Undang Undang kembali dapat ditegakkan kali ini.

 

Najib Akan Di Bebaskan Selepas 26 Januari 2023

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker