Parti Bunga layu dan longlai tanpa kuasa , bakal pupus

Oleh Adam Malik

Nampaknya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tidak akan bertahan lama dan bekemungkinan pupus dari peta politik Malaysia.

Terkini , “Exodus” politik berhijrah dari Parti Bunga secara besar besaran sudah bermula di Sabah apabila hampir smbilan belas AP nya meninggalkan parti Bersatu.

Maka dengan jelas boleh dikatakan Parti Bersatu sudah hampir pupus di Sabah.

Selama ini ‘survival’ parti Bunga bertaut kepada kuasa yang mereka ada, tanpa kuasa kini semua nya terlerai dan hancur.

Ujian besar bagi Tan Sri Muhyiddin mengurus PPBM tanpa miliki kuasa dan secara awal boleh dilihat sebagai kegagalan.

Ikut kronoloji , PPBM hanya mampu hidup pada awalnya dengan bantuan Tun Mahathir sebelum PRU14, kemudian Tun Mahathir menyerah kuasa Perdana Menteri kepada Muhyiddin dalam skim “Sheraton Move”.

Apabila terpaksa menyerah jawatan Perdana Menteri akibat tidak cukup sokongan , Muhyiddin pula telah membuat perjanjian sulit mengawal Datuk Seri Ismail Sabri dengan melantik nya menjadi Perdana Menteri.

Ini masih dikira PPBM sebagai terus berkuasa melalui proksi nya Ismail.

Namun, sebaik sahaja PPBM hilang kuasa dan Muhyiddn gagal menjadi Perdana Menteri selepas PRU15, maka bermula lah kehancuran PPBM.

Tiada siapa mahu berkawan dengan parti yang gagal, tambah lagi parti seperti PPBM yang hidup atas kuasa tumpang dan kini ketiadaan kuasa.

Parti PAS juga diramalkan tidak akan kekal lama Bersama Muhyiddij dan pasti akan membuat Tindakan susulan apabila tiba masa nya nanti.

PAS amat terkenal dengan pendirian tidak konsisten dan berbekal kan fatwa dan alasan sudah memadai untuk PAS beralih kesetian.

Kini , ternyata kewibawaan Muhyiddin teruji tanpa ada kuasa.

Keadaan akan bertambah buruk nanti jika Muhyiddin disiasat atas beberapa skandal dan penyelewengan.

Antara yang tersenarai adalah perbeanjaan RM600 bilion dan isu wang puluhan juta didalam bilik nya.

SPRM sudah sahkan membuka kertas siasatan terhadap dua isu ini.

Apa yang jelas , Parti Bunga akan dipingirkan dan bersendirian.

Keadaan dijangka bertambah parah apabila Muhyiddin mula didakwa dan akan turun naik makamah dan bergelar “kluster mahkamah” kemudian nanti.

Sejauh mana Muhyiddn mampu bertahan dan parti Bunga mampu menghadapi situasi baru dimana mereka bertukar dari pemangsa kepada menjadi mangsa dalam reality politik hari ini , sama sama kita tunggu dan lihat.

Kali ini diramalkan Tun Mahathir juga sukar untuk membantu kerana  diri beliau sendiri berada didalam keadaan sama kerana beberapa kes sedang di usaha untuk beliau selain kes2 yang sedia ada.

Namun, pasti hukum kifarah akan mengenai Muhyiddin dan parti Bunga seperti mana mereka lakukan terhadap parti UMNO.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker