Rajin bantu kerja rumah petanda ajal



Langkawi: “Kebelakangan ini arwah cukup rajin membantu kerja rumah, rupanya itu petanda dia mahu pergi buat selamanya,” kata Siti Zawiyah Din.

Dia adalah ibu kepada mangsa kemalangan maut, Muhammad Alimi Alif, 16 yang maut di tempat kejadian selepas motosikal dinaikinya bertembung dengan kereta di Jalan Ulu Melaka di sini, pada 8.45 malam tadi.

Siti Zawiyah, 43, berkata sebelum kejadian arwah anaknya keluar rumah tanpa memberitahu arah tuju selepas selesai menunaikan solat Maghrib di rumah mereka.

“Selepas selesai solat Maghrib, arwah bergegas keluar rumah dengan menunggang motosikal milik abangnya dan tidak memberitahu ke mana.



“Tak lama kemudian saya dapat berita kata dia kemalangan. Arwah memang baik dengan semua orang dan suka membantu,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha (HSM) di sini, hari ini.

Pagi tadi, media melaporkan, seorang pelajar tingkatan empat Sekolah Menengah Kebangsaan Tunku Putra maut selepas motosikal ditunggangnya bertembung kereta di Jalan Ulu Melaka di sini, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Shariman Ashari, mengesahkan kejadian dan mayat mangsa dihantar ke HSM untuk bedah siasat sebelum diserahkan kepada waris.

METRO





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker