Pique umum persaraan

BARCELONA: Pemain Barcelona, Gerard Pique mengumumkan persaraan hari ini selepas karier yang penuh gemilang sambil berkata “masanya sudah tiba untuk menamatkan perjalanan ini.”

“Pertembungan Sabtu ini (menentang Almeria) akan menjadi yang terakhir buat saya di Camp Nou,” kata pemain berusia 35 tahun itu di Twitter.

Pertahanan veteran itu sudah mengumpul empat gelaran Liga Juara-Juara dan Piala Dunia 2010 serta Euro 2012 bersama Sepanyol.

“Saya mahu beritahu anda bahawa saya mengambil keputusan untuk menamatkan perjalanan ini,” katanya menerusi klip video dia melihat imejnya sendiri ketika kecil memakai jersi Barcelona dan cuba mendapatkan autograf.



“Tiada pasukan lain selepas Barca,” katanya.

“Saya akan menjadi peminat terhebat, saya akan menyokong pasukan dan menyambung rasa sayang saya buat Barca kepada anak lelaki saya.”

“Dan mungkin tidak lama lagi, saya akan kembali,” katanya.

Pique juga dijangka akan terbabit dalam aksi terakhir kelab itu dalam La Liga sebelum Piala Dunia menerusi kunjungan ke Osasuna pada Selasa.

“Dia adalah sebahagian daripada jenama Barca, dia akan sentiasa menjadi pemimpin buat penyokong Barca, dia sudah menunjukkan apa yang disukai Barca,” kata President Joan Laporta kepada Barca TV.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker