Seorang lagi wartawan meninggal dunia di Piala Dunia

DOHA: Seorang wartawan foto, Khalid Al Misslam dilaporkan meninggal dunia ketika membuat liputan pada Piala Dunia di Qatar, menjadikannya wartawan kedua selepas Grant Wahl dari Amerika Syarikat (AS).

Buat masa ini, punca kejadian tragis itu masih belum diketahui, menurut akhbar La Gazzetta.

Al Misslam adalah seorang wartawan foto bagi saluran TV Qatar, Al Kass.

Setakat ini, tiada maklumat lanjut dikeluarkan mengenai kematian Al Misslam kelmarin.

Saluran berita Qatar, Gulf Times menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga wartawan itu menerusi media sosial.

Insiden itu berlaku beberapa jam selepas kematian Wahl.

Pada 9 Disember lalu, US Soccer melaporkan wartawan AS itu meninggal dunia ketika membuat liputan Piala Dunia. Laporan awal mendedahkan Wahl, 48, membuat liputan perlawanan antara Argentina dan Belanda di Stadium Lusail.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker