199 mangsa banjir di 6 daerah Terengganu

KUALA TERENGGANU: Mangsa banjir di Terengganu mencatatkan penurunan apabila hanya 199 orang masih berada di pusat pemindahan sementara (PPS).

Setakat jam 8 pagi ini, semua mangsa daripada 53 keluarga berada di enam PPS di Kuala Terengganu, Setiu, Kuala Nerus, Kemaman, Dungun dan Besut.

Berdasarkan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu, dua PPS masih dibuka Kuala Terengganu membabitkan 84 mangsa daripada 26 keluarga.

PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Atas Tol menempatkan 77 mangsa membabitkan 23 keluarga manakala PPS SK Chendering terdapat tujuh mangsa daripada tiga keluarga.

Di Kuala Nerus semua mangsa di PPS SK Tok Jembal sudah dibenarkan pulang ke rumah masing-masing selepas cuaca baik semalam.

Setakat ini hanya PPS SK Bukit Nanas masih menempatkan 54 mangsa daripada 12 keluarga.

Di Kemaman hanya satu PPS dibuka di Balairaya Padang Kemunting dengan 23 mangsa daripada empat keluarga.

Dungun merekodkan satu PPS dibuka di SK Tok Kah membabitkan 24 mangsa daripada tujuh keluarga.

Dua lagi daerah masing-masing satu PPS masih dibuka iaitu Besut di Balairaya Kampung Pantai menempatkan 12 mangsa daripada tiga keluarga, manakala Setiu di Surau Kamoung Nyatoh menempatkan dua mangsa daripada satu keluarga.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker