Mayat mereput dalam timbunan kotak tisu

Mayat mereput dalam timbunan kotak tisu

Mayat mereput dalam timbunan kotak tisu
Mayat mangsa dijumpai bersama timbunan kotak tisu yang berselerak di dalam rumah. – Foto ihsan polis

PADAWAN: Seorang wanita warga Kanada ditemui meninggal dunia dengan keadaan mayat sudah mereput dan berbau di sebuah unit kediaman pangsapuri di Jalan Matang, di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padawan, Superintendan Abang Zainal Abidin Abang Ahmad, berkata penemuan mayat warga emas itu dilaporkan seorang wanita tempatan yang memaklumkan terhidu bau busuk di tingkat bawah unit kediamannya kira-kira jam 4 petang tadi.

Susulan itu, beliau berkata, sepasukan anggota dari Balai Polis Batu Kawa digerakkan ke lokasi dan terpaksa mengumpil pintu depan rumah terbabit yang berkunci dari dalam.



“Sebaik saja pintu depan itu berjaya dibuka, pasukan mendapati ada timbunan kotak tisu di dalam rumah berkenaan. Mayat si mati dijumpai terbaring dalam timbunan kotak tisu yang berselerak.

“Ketika ditemui, mayat si mati sudah berulat dan bahagian muka berkeadaan tidak sempurna,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Berdasarkan maklumat daripada pengadu di lokasi kejadian, Abang Zainal Abidin berkata, wanita itu tinggal berseorangan dan dipercayai menghuni rumah itu sejak kira-kira 10 tahun lalu.

Beliau berkata, pasukan turut menjumpai pasport wanita itu yang dikenali sebagai Tan Onn Har, 82, dengan taraf kewarganegaraan dari Kanada.



“Pasukan perubatan dari Hospital Umum Sarawak (HUS) yang ke lokasi mengesahkan kematian mangsa. Hasil siasatan awal mendapati tiada sebarang tanda jenayah mahupun objek tajam atau tumpul ditemui di tempat kejadian,” katanya.

Seterusnya, Abang Zainal Abidin berkata, mayat mangsa dihantar ke bilik mayat HUS untuk tindakan lanjut.

Justeru, beliau berkata, usaha mengesan ahli keluarga mangsa sedang dilakukan dan orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai insiden itu diminta tampil membantu siasatan polis.

 

Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

Mayat mereput dalam timbunan kotak tisu


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Anwar Mesti Kurangkan Bercakap, Sekarang Masa Untuk Bekerja

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker