Fury berlatih dengan Rooney

London: Juara dunia heavyweight WBC dari Britain, Tyson Fury memilih rakan sepelatih ‘luar biasa’ untuk persediaan pertemuan dengan petinju Ukraine, Oleksandr Usyk apabila bekas penyerang Manchester United dan England, Wayne Rooney bersedia untuk membantunya.

Penjaring terbanyak di Old Trafford itu yang ketika ini membimbing pasukan Major League Soccer, D C United, adalah penyokong setia Fury, yang berkata dia berminat untuk membantunya.

“Saya ada bercakap dengan Wayne dan dia bersedia untuk membantu saya.

“Jadi kami akan membawa Wayne sebagai persediaan untuk pertemuan dengan Usyk,” kata Fury kepada ITV.



Ditanya adakah beliau bergurau berhubung perkara itu, Fury menjawab: “Tidak, saya sangat serius. Dia sudah bersetuju, jadi dia akan mengikuti kem kami sekitar empat minggu untuk membantu saya.”

Peninju itu menambah bahawa dia adalah peminat tegar Rooney, yang meraikan kejayaan Fury awal bulan ini selepas menewaskan Derek Chisora โ€‹โ€‹untuk mengekalkan gelaran WBC.

“Saya fikir dia adalah yang terbaik yang pernah kami lihat sejak sekian lama dan saya tidak fikir ada petinju lan mampu menewaskannya. Saya rasa dia adalah seorang legenda mutlak,” kata Rooney kepada TalkSport.

Fury dijangka menentang Usyk pada awal 2023 selepas petinju Ukraine itu mengekalkan gelaran WBA, WBO, IBF dan IBO dengan kemenangan ke atas Anthony Joshua, Ogos lalu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker